Thursday, August 12, 2010

salah tafsir

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

'Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.'

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

'Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??'

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...



Terkangkang
Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.

Pelajar A : Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry
Pelajar B : Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki
Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata 'Apa kata kita tanya je orang tua tu?' Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ...pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang. .

Burung Hilang
Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki
segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu
menambah "bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang lain.......

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "maaf, bukan itu maksud saya".
Sekali lagi dicuba bertanya, "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"? Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri....
Hampeh nye burung...Woakakaka...











No comments: