Friday, August 13, 2010

Hujan dan Kisahnya..

semalam ku terjaga seawal jam 3 pagi ntk bsahur..lalu ku ambil periuk nasi ku konon2 nak tanak nasi..pegi la daku membasuh beras diawal pagi..walau hanya untuk 2 org makan..tp tetap aku rajin masakkkk nasik..hehehehe..nasik jela.
dan perlu diingatkan yang aku mamai pada ketika itu..

masuk je bilik..ku on laptop..terus ber0nline..asik punya asik sedar-sedar hujan lebat..
"hujan lebat mencurah kini....
bagaikan tiada henti.."..(promote lagu aizat jap)
tetiba je cahaya kilat masuk ikt tingkap..disusuli bunyi guruh yang sangat kuat..cepat2 ku off kan laptopku..bimbang disambar petir...jam da tunjuk dekat kol 4 pagi..
"nasib baik cepat2 off..nasik pon da masak.." dengan bangga ku berkata-kata terhadap diri sndr..lantas ku mencapai periuk untuk melihat nasi ku..

dummmmm.....sekuat guruh..sekuat itu juga lah kejutan ku d pagi hari..nasi xde..beras masih elok terendam dalam air..nasik belom masak owhhh...aku ralit online rupanya..gabra dah aku..nak nangis di atas kebengongan sendiri pon ada..

dengan penuh kesal dan bimbang xdapat makan nasik..ku capai buah pear dan pisau lalu duduk diatas katilku yang cantik dan kemas itu..sambil mengupas buah pear..ku melahirkan kekesalan dan kebimbanganku kepada rumate..beliau tersenyum cuma sambil cuba menenangkanku..

tetiba teringat daku kepada ustaz masa sekolah2 dlu..katanya.."memintalah kepadaNYA..pasti dimakbulkan"..pantas je ku habiskan buah itu dan berwudhuk..lalu bersolat sunat hajatlah aku memohon dipermudahkan segala urusan dan terpelihara dari segala bencana..(terima kasih ustaz..kata2 mu ku kenang hingga kini..walaupon SPM xdapat A)..

dan nasib baiklah hujan reda semasa aku sedang meminta kepadaNYA...dapatlah aku tanak nasi untuk sahurku dan rumate..takkala itu..kenangan zaman sekolahku datang kembali..begini ceritanya.....
  
     "pada suatu petang..sepulangnya kami dari sekolah dan sedang berehat2 di bilikku bersama teman2..(aku penolong kapten kat hostelku dlu..dapat bilik sndr yg share ber3 je..xyah duk ramai2 dan berebut2..salunya bilik kena share 8 org..). sedang kami terbaring tergolek kemalasan dan kepenatan..hujan turun dengn lebatnya..aku dengan beberapa member rapatku sedang bermalasan..rumate ku sedang membasuh dan seorang rakan yang datang ke bilik sedang bersolat...dan tetiba cahaya terang benderang berwarna merah menyelinap masuk melalui tingkap..terkejut kami semua.tanpa sempat berbuat apa-apa..kedengaran guruh dan petir yang terlalu kuat..tersentap jantung dengar..

tak semena-mena..siren kebakaran berbunyi nyaring...lantas kami bingkas dan keluar menyelamatkan diri masing...rumate ku yang sedang membasuh itu kelam-kabut salin baju dan keluar menyelamatkan diri..maka tinggallah kawanku yang sedang bersolat itu..

selepas semuanya reda..yakni tiada apa-apa yang berlaku..kami masuk semula ke bilik..kelihatan memberku yang bersolat tadi sedang duduk di tepi katil..mukanya moyok..

"sampai hati sume tinggal..takut tau x tadi.."..dan tetiba beliau menangis..
"lah..igtkan x kesah.."..kataku dengan bengongnya..
"takut la..nangis masa solat td..cepat2 solat..xkusyuk dh.."
"nape xlari jugak klu gtu..solat pon xkusyuk..." kataku lagi..
"mongok la ko ni"..kata member2 ku yang lainnya sambil tergelak..
"xpe2..klu jadi pape pon td..dalam iman..tengah solat katankan.." balasku kembali dan aku dikejar oleh kawanku itu keliling bilik sambil digelakkan oleh yang lain..

moral of d story..solat lah kamu sebelum kamu di solatkan..:))

No comments: