Saturday, November 19, 2011

heartless?

first time aku dengar orang cakap aku ni heartless..lawak tahap ape ntah..kot yea pon nk reflek diri sendiri..jangan la cakap aku yang camtu..aishhh..manusia..salah sendiri mati2 xnak mengaku..nak jugak salahkan orang len..bila dah habis ayat nk cakap..last2 skali cakap aku ni la pulak yang xde hati perot..

andai kata betul aku ni xde ati perot..maaf banyak2 yea kak..bukan saya xde ati perot sbb brenti keje ngan akak dan keje sbelah..sy ni sbenarnya cukup lengkap..perut, hempedu, limpa, hati jantung..in tip top condition. alhamdulillah sbb ALLAH S.W.T da bagi kesembuhan dan kesihatan yang baik..

akak cakap sya xde ati perot tp penah x akak fikir ape yg akak buat? akak bagi gaji pekerja lewat 18 hari sedangkan akak anak beranak makan cukup, hidup senang lenang tp kami pekerja terpaksa ikat perut dan berjimat2 even nak makan nasik pon..nasib baik saya ad keluarga yang pemurah..sekali lagi syukur ya ALLAH atas nikmatmu ini..berhati perutkah akak? klu saya ni anak yatim cane? sape nk sara saya?

ada pekerja lain yang dah 4 5 bulan akak xbayar gaji sbb suami akak xpuas ati ngan diorang..sbbnya datang keje lewat..tp akak xpenah pikir kot kenapa diorang protes camtu..dari gaji diorang yang asal akak potong sampai separuh..siapa yang xrasa kecewa dan semangat nk kerja..akak hanya fikir suami tercinta akak tu je..penah x fikir sket perasaan pekerja2 ni? diorang ada anak isteri..kerja bagi tiap2 hari, bila dapat duit akak guna sekeluarga tanpa bayar gaji untuk penah lelah mereka..berhati perutkah akak?

akak cakap sedap..orang tu teruk orang ni teruk..yang paling teruk yang depan mata akak sendiri..akak rasa layak ke nk kata2 orang sedangkan suami sendiri xpenah sujud kat sejadah..dan lagi teruk dr yang paling teruk..akak diam xkata pape..

lepas ni mst akak lagi bencikan saya kan..sbb saya la yg da cakap kat diorang sume bahawasanya xde guna diorang terus keje ngan akak sbb xberbaloi..keje ke xkeje ke duit tetap xdapat..mula2 saya brenti pastu lagi sorang..then coming soon akan ad lagi sorang yg brenti..saya tau akak akan cakap sy hasut diorang..sy xkesah sbb sy cakap yg betul..diorang sendiri reti menilai..

walau ape pon sy xbdendam ngan akak walau banyak jugak la benda xpatut sy terima dari akak..cuma sy harap akak sedar..sekian..

Waktu mustajab untuk berdoa

BERDOA adalah otak ibadat. Begitulah besarnya kedudukan doa. Lagi banyak kita mohon bertambah sayang Allah kepada kita dan ia berbeza dengan manusia, lagi banyak kita minta, lagi banyak kita dimarahi atau dimaki.
Doa sifat perhambaan manusia dan mereka diciptakan untuk hamba-Nya. Supaya doa mudah diterima kita patut meneliti serta mengetahui waktu yang sangat mustajab untuk berdoa antaranya ialah:
  • Pada waktu sepertiga malam iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (muttaqin) sedikit sekali tidur pada waktu malam dan pada akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah)” (Surah Adz-Dzariyat ayat 18-19). 
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. 
  • Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  • Waktu antara azan dan iqamah iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.
  • Pada waktu sujud iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. 
  • Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa” (Hadis riwayat Muslim). 

    Hadis Ibnu Abbas r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w membuka tabir (ketika baginda sakit), sementara orang ramai sedang berbaris (solat) di belakang Abu Bakar r.a lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada lagi daripada mubasysyirat nubuwwah (khabar gembira kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang Muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahawasanya aku dilarang untuk membaca al-Quran ketika rukuk atau ketika sujud. Adapun di dalam rukuk, agungkanlah Allah dan adapun di dalam sujud, bersungguhlah berdoa, sebab (hal itu) segera dikabulkan bagi kamu” (Hadis riwayat Muslim). 

  • Selepas solat fardu iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya: “Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat” (Surah Qaaf ayat 40).

    Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.

    Dianjurkan membaca doa dengan perlahan kecuali jika makmum belum mengerti, imam boleh menguatkan bacaan agar makmum menirunya. Apabila mereka mengerti, kembalilah secara perlahan.

  • Pada waktu khusus tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

    Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya” (Hadis Riwayat Muslim).

    Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda: “Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.” Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya akan sedikitnya saat mustajab itu (Hadis riwayat al-Bukhari).

    Di dalam hadis Muslim dan Abu Daud dijelaskan: “Iaitu waktu antara duduknya imam (khatib) sehingga selesainya solat (Jumaat).” Inilah riwayat yang paling sahih dalam hal ini.

    Sementara dalam hadis Abu Daud yang lain, Nabi s.a.w memerintahkan agar kita mencarinya pada akhir waktu Asar. Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

Tuesday, November 15, 2011

ramping secara sihat..

aku seorang yg slim sejak dari dlu lagi..dari kanak2 hingga la dewasa skrg..walaupun aku suka makan dan sometimes banyak makan..tapi badan tetap xnaik2..rupa2nya baru aku sedar yg cara makan aku ni more to someone yg sedang berusaha untuk kuus..patutlah..aishhh..cara2nya adalah:


CARA  UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar  ’muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama lagi
 
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah  kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa  pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim  dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh  menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
 
3. MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan  membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan  dengan banyak. 

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya  mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.
 
5. KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan  air.
 
6. AMBIL SARAPAN  PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan  sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan  paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar  kalori.
 
7. MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan  dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
 
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.
 
9.    Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi  dengan
kuantiti yang banyak.
 
10. Jika anda terasa ingin makan snek  atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah.  Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
 
11.  Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.
 
12. Apabila makan di  restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang  gula.
 
13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral  dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.
 
14. Jangan timbang berat badan anda setiap  hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu  anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus  asa untuk berdiet
 
15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah  rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan  lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.
 
16. Pilih Lebih  Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah  sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
 
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari  makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan  yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan  boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa  lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat  atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga  boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet  anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat  catatan.
 
18. Tumpukan perhatian  untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih  berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.  Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih  makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
 
19. Cara memasak paling baik untuk  mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau  mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak  haiwan.
 
20. Ketika memilih piring  makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil  sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir,  lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.  Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa  lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!
 
21. Selain memberi peluang makanan untuk  turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu  menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.  Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru  saja terisi.
 
22. Khusus bagi kaum  wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan  memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah  perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan,  kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda  kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
 
23.  Untuk mengempiskan perut ,  gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang  memiliki perut lebih kecil dan cantik.
 
24. Kurangkan pengambilan gula kerana  setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
 
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.     Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki  lif
iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam
iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat  melancarkan peredaran darah
v.   Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan  merampingkan peha.