Friday, July 1, 2011

senggugut @ PMS

dude..if a girl is piss off doesn't mean she is having her period..alahai cik abg ku..asal aku marah2 sket..cuti ea? xde soklan lain..penat aku cakap aku xmarah pon sbnarnya..tp skrang dia da bijak..klu tau bulan tengah terang..mesti dia tnya..syg, sakit perut ea? teruk x? mkn ubat belum? jaga diri elok2 ea..waaaa..i love u abg..

lepas aku spm..msa kat matrik aku start senggugut ni..padahal dlu aku selalu tertnya2 ape la aser senggugut smpai member2 aku xdtg skolah sbb senggugut..skrg baru aku tau..sakit wooo..orang kata sakit dia adalah 1/8 sakit bersalain..YA RABBI..sakitnya bersalin..takut aku pikir..dlu aku berusaha tahan sakit..skrg aku xmampu nak tahan dah..asal sakit mst aku cepat2 mkn panadol kaler pink tu..kawan cakap xelok ntuk rahim..ntah la..sakit mmg la hilang tapi aku jadi lesu..mengantuk effect ubat..klu xmakan aku terguling sensorang tahan sakit..sama je la mana2 pon. tapi yg pasti aku xleh terdedah sejuk..nnt sakit menjadi2..kadang2 seharian xmandi sbb bila kn air..makin sakit..

knp jadi camtu?

APA ITU SENGGUGUT?
Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .
Ia merupakan masaalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita  dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.
Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.
SENGGUGUT PRIMER
Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.    
Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.
Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.
Ianya selalu berlaku dengan
     -  rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang, sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.
Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus(PMS), seperti ;
    * tegang pada payu-dara
    * pening kepala ,
    * rasa ‘pitam’   
    * perut kembung
    * mual(50%) dan muntah(25%).
    * sembelit atau ceret-beret (35%)
    * tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah
Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari. Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang
Faktor risiko
Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat
    * Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)
    * Sejarah keluarga juga punyai senggugut
Kenapa ia berlaku?
Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon  ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.                                                       
Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?                   
Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?
Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?
 Tanpa ubat:
 -   Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan   berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid
 -   ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur
 -   Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.
 *  Teknik relaksasi – Banyakkan zikir, Yoga, Tai chi.
Dengan Ubat:
  -  sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat. 
          Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol
          Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan
          Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.
Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah
Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut.
Setelah di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan wanita tersebut ada yang mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini akan terasa kurang sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim. Ada juga yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya ini berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan alat itu. Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan ‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut.
Senggugut sekunder
 Di antara penyakit termasuk
   * Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat
  * Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.
  * Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.
Rawatan Senggugut sekunder
Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).
Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif.
Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.
Komplikasi
Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya.  Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.
Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.
Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).
Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.
Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.
Tidak terlepas perbincangan sekira tidak di perkatakan tentang penyakit yang berkaitan dengan senggugut sekunder.
Terutamanya Endometriosis.


skabies..oh NO!

skabies..pertama kali aku dengar ayat ni..apa skabies? mula-mula aku wat x kesah je masa tpandang artikel pasal skabies tu..benda ape ntah..tetiba tengok disebabkan hama betina bertelur dalam kulit..meremang bulu roma baca..nasib aku x..alih2 teringat aku pon da 2 minggu lbh asik gatal-gatal..ubt da abis mkn yg beli kat farmasi tu..bkn nk makin hilang..makin bnyak lagi ada..so aku pon baca la apakah skabies tu..tegak segala bulu roma..simptom2 dia sebijik sma ngan apa aku rsa..bintik2 merah seluruh badan especially kaki, tangan, perut, lengan dekat underarm, dada ngan tempat2 tersorok..then baru aku ingat..tiap2 mlm aku rasa ada benda cam gigit aku masa nak tdo..aku da tukar cadar pon stil ada..


sbb banda alah ni la aku xleh tido mlm..makan pon xselera..gatal2 dan kulitku lelas sbb selalu sgt aku garu ngan brutalnya..OMG..dan hama ni akan mati untuk tempoh masa tertentu tapi telur yg dia tinggal dalam kulit aku akan menetas san terus membiak..seriusly aku sgt takut..alangkah bagusny klu skrg aku stil ada kat USM. pasti aku xpayah bimbang..anytime aku boleh jumpa doktor free..tp skrg kn g klnik jauh2 dan kena kuar duit ntk rawatan..dah la aku x keje skarang..tp esk aku mesti merayu kat mama nak g klinik..benda ni bukan boleh di buat main..


mula2..pagi2 esk aku nk tukar segala cadar..selimut. anak2 sotongku akan di rendam dalam air panas..tuala pon sama..pastu aku nk suh mama bt bnda sama ntuk baju adik aku mira..dia la yg mula2 terkena kuman skabies ni kat umah..aku ingatkan gatal2 ni sbb air kat umah xelok..rupa2nya sbb hama ni. boipren kesayangan aku pon kemungkinan besar kena skabies gak sbb dia ad ngadu gatal-gatal dan paling berisiko, dia stay kat hostel..terpikir gak..xkan la aku jangkit dari dia..atau terkena jangkitan masa kat sana..mula2 balik umah dulu..aku rasa badan aku ok je..mungkin x kot..mungkin terjangkit dari adik aku sndri..lagipon dia selalu melepak kat tilam aku..


xhabis2 aku kn macam2..dlu ekzema..allergik teruk dan skrg skabies..padahal aku dah jaga kebersihan betul2..kiranya aku jenis yang cerewet dah sebenarnya..cuma yang payahnya sbb aku terpaksa berkongsi barang bila kat umah..lagi la tingkatkan risiko..kat hostel segalanya pasal aku sendiri je..


semoga aku cepat sembuh dan bintik2 dasat kat badan aku serta hama jahanam ni akan hilang..esk aku kn g klinik cpt2..harus..

                                   kaki minah ni ok sket kot dr aku..aku punya cam seram je nk tgk


                                        ni yang bertempek kat serata badan aku yang dulunya mulus..


                                 ni la rupa binatang jahanam itu..hama betina yg membiak kt tubuh aku