Cara2 melembutkan hati yang keras Untuk para isteri .
Kaedah 2
Kaedah dengan cara zikir dan doa pelembut hati .
Zikir dan Doa Pelembut Hati .
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi
lembut atau suami yang mahu hati isterinya menjadi lembut.
Beristighfar sebanyak 3 kali, dan niatkan untuk melembutkan hati suami
Kemudian baca : "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira
suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.
Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami.
Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah
dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh
diamalkan untuk melembutkan hati anak) .
Selain daripada itu amalkan doa ini:
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"