Thursday, September 12, 2013

isteri itu anugerah..

perkonsian dari my ilham..pedoman buat diri sendiri..

Seorang isteri yang menenangkan jiwa adalah anugerah.

Seorang isteri yang meresahkan jiwa pula adalah musibah.

Allah menciptakan Hawa sebagai suatu kedamaikan kepada Adam. Dan Allah nyatakan dalam Al-Quran bahawa penciptaan wanita itu sendiri adalah bertujuan supaya para lelaki merasa damai dan tenang dengan kewujudan mereka. Ayatnya anda boleh lihat di kad-kad undangan walimah, banyak ditulis ayat dari surah Ar-Rum tersebut.

Manusia pula secara fitrahnya diciptakan oleh Allah, memang hendak kepada kedamaian. Siapa suka hidup dalam resah gelisah dan gundah gulana. Semuanya mahu gembira dan bahagia. Atas fitrah ini jugalah Allah ciptakan suatu makhluk yang cukup unik bernama wanita.

Sesungguhnya wanita adalah ciptaan Allah yang cukup istimewa. Segenap sudut seorang wanita adalah hasil seni yang tak ternilai harganya. Seni dari Yang Maha Mencipta.

Dia menenangkan.

Dia membahagiakan.

Dia menghilangkan kedukaan dan keresahan.

Semua lelaki mahukan ini, dan bermakna, secara semulajadi fitrah lelaki memang mahukan wanita yang lumrahnya seperti ini.

Tetapi Allah meletakkan sempadan dan garisan yang tidak boleh dilangkahi, kecuali dengan lafaz akad nikah yang sah. Melangkahi sempadan ini secara haram bukan bermakna tidak boleh mengecap nikmat penciptaan seorang wanita, namun bersama-samanya akan wujud penderitaan yang cukup halus.

Penderitaan yang merosak tenang dan damai di jiwa, sedikit demi sedikit.

Orang berzina, tanpa taubat hidupnya akan merana hingga berakhir umur dunia. Bahkan hingga bertemu di akhirat sana.

Justeru tenang dan damai yang diperolehi dengan sempadan Allah yang dilanggar, adalah tenang dan damai yang palsu. Ia hipokrasi ciptaan Syaitan.

Orang berkhalwat di hotel dan berzina manakan sama dengan pasangan suami isteri yang sedang berbulan madu.

Jiwanya resah gelisah, bimbang diserbu atau ditangkap, dan jika tidakpun, hatinya sentiasa waspada dan curiga.

Lelaki jangan rebut tenang dan damai dari sang Hawa dengan cara begitu. Ia jijik dan merosakkan kedamaikan di hati anda sendiri. Masuklah melalui pintu yang halal, ia menenangkan dan membahagiakan hingga ke mati, insyaAllah.

DAMAI

” Masin..”
Sepatah perkataan keluar dari mulut si suami tatkala suapan pertama. Kari ayam istimewa hasil air tangan isteri tidak seindah di pandangan mata. Maklum saja, isteri baru dua bulan melepaskan title anak dara.
Riak wajah si isteri pantas berubah.

Dari tadi ditunggu dengan penuh debaran. Sebetulnya, dari sebelum suami pulang lagi. Berdebar-debar menanti masakan itu masuk ke mulut suami tercinta. Resepi ‘google’ namun dicuba penuh yakin semata-mata mahu menyediakan makan tengahari untuk suaminya.

Suami tersedar, khilaf lidah yang gagal disekat. Hatinya mula risau melihat riak wajah isteri berubah.

A : Isteri lantas bangun berlalu ke dapur. Melarikan diri dari pandangan suami. Komentar suaminya langsung tidak membina, bahkan dirinya terasa cukup kecil dan kerdil.

B : Isteri mencuba untuk senyum. Memujuk hati dalam diam bahawa teguran suami adalah teguran paling ikhlas dan jujur. Lagipun, apalah yang hendak dirajukkan, bukankah masakannya itu memang khusus untuk si suami.

Anda perlu tahu, kehidupan bercinta dalam rumahtangga, realitinya tidak seperti fantasia dalam mana-mana cerita. Ia praktikal yang getir, jika tidak kena caranya. Hendak berlakon atau berpura-pura, mampu bertahan berapa lama? Yang busuk akan terhidu jua, yang cacat akan terpampang juga.

Situasi yang saya gambarkan di atas adalah salah satu dari realitinya.
Ramai wanita gagal mendamaikan suami, biarpun dalam hal sekecil memasak kari. Rajuknya lebih laju dari fokus pada sesuatu isu. Walhal kadang-kadang, yang ditegur suami adalah kari bukan mahu memperkecilkan kemampuan isteri. Yang dihajatkan suami adalah komentar membina supaya lebih berkualiti masakannya, bukannya mahu menghina.

Lalu kadangkala, kepenatan suami yang baru pulang bekerja dibeban pula dengan rajuk tidak semena-mena. Satu hal pula suami mahu memujuk, walhal baru satu suapan nasi masuk ke mulut.

AKAR UMBI

Damai itu datangnya dari sikap elok yang dipertontonkan. Ia bunga dari akhlak yang indah. Akhlak yang indah lahirnya dari hati yang juga indah. Dan hati yang indah hanya terbentuk dengan IMAN, bukan lakonan.
Berpedomankan fantasi dari novel dan filem cinta untuk menjadi seorang isteri, anda memang bukan calon isteri yang mendamaikan hati suami.

Cabaran mendamaikan hati suami biasanya paling hebat di usia pembinaan cinta.

Cinta pun ada fasa pembinaan?

Mestilah. Ada fasa pengenalan, pembinaan dan pengukuhan.

Biasanya, apa yang kita lihat pada kehidupan ibu dan ayah kita adalah fasa pengukuhan. Lantas ramai juga yang menjadikan orang tua mereka sebagai idola untuk bercinta.

Anak dara tengok si ibu sambut si ayah pulang kerja, ambilkan beg, bawakan segelas air dan meluangkan masa menemaninya. Satu persatu perbualan diatur penuh teliti. Perlahan dan cermat, sehinggalah keadaan si ayah stabil dan hilang penatnya.

Si anak dara merasa suka dan menyimpan impian untuk mempraktikkannya juga.

Itu baguslah. Setidak-tidaknya, ada azam dan kemahuan. Cuma harus diingat juga, fasa pengukuhan sama sekali berbeza dengan fasa pembinaan.

Fasa pembinaan biasanya ketika kedua-dua suami dan isteri masih belajar atau baru mula bekerja. Baru memperoleh cahaya mata dan baru mahu bertapak membina kehidupan dan kerjaya. Biasanya fokus masing-masing agak banyak ke tempat lain, menjadikan fokus pada mengukuhkan cinta kadang-kadang terabai.
Sebenarnya, orang yang baru setahun dua berkahwin, atau baru lima tahun berkahwin, ibaratnya masih tidak tahu apa-apa tentang alam rumahtangga. Apatah lagi jika mereka tidak memberikan perhatian sewajarnya pada pembinaan cinta antara mereka, dan juga cahaya mata.

Sibuk berkursus dan berseminar serata dunia, namun program berbentuk kekeluargaan boleh dikatakan tidak pernah dihadirinya. Alasan ‘sudah lama’ berumahtangga kerapkali menjadi virus yang menghakis bahagia dalam diam.

Justeru perlu diingat, fasa pembinaan memerlukan fokus yang tinggi oleh suami kepada isteri dan juga isteri kepada suami.

Ada orang, semangatnya cuma di fasa pengenalan kerana terleka melihat kejayaan orang di fasa pengukuhan, lalu mereka kecundang di fasa pembinaan.

IMPIAN

Setiap wanita menyimpan impian untuk menjadi insan yang paling mendamaikan, khusus buat suami tercinta.
Namun impian hanya akan tinggal impian jika tidak bersungguh-sungguh mahu menjayakan.
Muhasabah diri perlu sentiasa dilakukan. Jangan terbawa-bawa dengan suasana dan persekitaran, sehingga semangat untuk menjadi penyejuk mata suami seperti di awal perkahwinan akhirnya hanya tinggal anganan. Suami yang tidak memberi perhatian dan sibuk dengan urusan kehidupan adalah antara faktor terbesar gagalnya isteri menjadi seorang wanita idaman. Mereka mudah terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sikap suami, lantas menyangka bahawa soal menyejukkan mata dan mendamaikan jiwa hanyalah soal untuk pengantin baru sahaja.

Sebab itu harus sentiasa disemat dalam jiwa tentang niat yang benar tatkala membina impian.

Biar buat sesuatu dengan niat yang betul kerana Allah, bukan terhenti setakat suami sahaja.

Ada wanita berpakaian indah saban hari dengan niat kerana Allah, mahu mendamaikan hati dan pandangan suami. Namun suami kelu untuk memuji. Kelihatan seperti tidak diendahkan, lalu sedikit demi sedikit keindahan itu ditinggalkan, dan kononnya mahu menjadi ‘biasa-biasa saja’.

Itu tandanya niat sudah rosak. Bukan buat kerana Allah, tetapi semata-mata hendakkan pujian. Kalau mahu indah untuk suami, mesti jujur dengan Allah. Itu kuncinya. Dan insyaAllah, damai dan tenang akan Allah anugerahkan untuk suami pada lubuk hatinya yang dalam.

Fitrahnya, Hawa itu mendamaikan.
Tidak sulit untuk menjadi Hawa yang mendamaikan.
Namun, tidak susah untuk menjadi Hawa yang meresahkan.

tips menjadi isteri solehah..perinatan buat diri sendiri.

Rahsia jadi isteri Solehah



Bagaimana  mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran?

Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.

Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu.

Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit.

Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya.

Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi.

Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu.

Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya.

Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga.

Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah.

Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat.

Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami.

Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip.

Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur.

Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri.

Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami.

Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga.

Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi.

Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.

Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak.

Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal.

Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.
petikan: Al-Islam

alhamdulillah for this marriage..

a
Alhamdulillah, praise to almighty Allah for his blessing with this marriage..if only people knows what happen to both of us before we get married, how our marriage process and people's acceptance..then they will know why i'm really thankful and love my marriage so much..again, thank you Allah..without you, i'm nothing, i have nothing and i don't know what to do.

it has been 5 months we become husband and wife..and i always pray that it will last till jannah..amin. but, i'm a normal human..full of imperfectness, stupidity, lack of consciousness and all the weakness in me..so do my beloved husband..we fought, sulked to each other, get mad and so forth..keep complaining about each other. but think it back over again, i still remember when i asked from Allah to help both of us to become husband and wife, i'm promise to accept him who he really are..the good and bad side of him and in return, i pray Allah will bless me with the good one..so i reset my mind, remember our sweet moments and again set new goal for my marriage..try to accept everything, be patient (it is the most hardest thing to do since i'm always lack of patient and kinda emotional and sensitive person) but in shaa allah i will try my best..

for all wife to be out there or wife out there, lets close to Allah and love HIM, so He will love us in return so do our husband..and believe me, when u think you are ready and prepared enough to get married, you are not actually, we will having troubles to adjust ourself, behaviours, habits and to mingle well with new family. even our husband himself, we will only knew him after get married. never think you are already couple for years, you know each other well..no, u are not. learn to know him every single day..and trying hard to fill our days with love and laugh..may Allah help me.. i love u and need u ALLAH.





seorang isteri..




Pengorbanan Isteri Yang Terlupakan

Wanita adalah karnia terindah yang ada dan penting di dunia, tapi banyak perjuangan dan pengorbanan wanita tidak di ketahui suami.

1. Ketika suami menikah lagi dan perempuan berusaha menerima (kerana alasan ekonomi atau agama atau alasan apapun), ia akan duduk sendiri di setiap malam dalam gelap kamar saat suaminya tengah mendekap mesra seorang perempuan lain di ranjang lain. Ia akan (mungkin) menangis kerana terluka, tapi demi anak-anak ia akan berusaha menerimanya dengan sabar.

2. Sebagai isteri ia siap mengorbankan impian-impiannya demi mengurus suami (yang kadang bersifat kekanak-kanakan dan minta diurus) dan anak-anak yang aktif.

3. Ketika suami mencela masakannya, ia akan bersusah payah belajar masak dari siapapun untuk menghidangkan makanan dengan rasa terbaik pada suami dan anak-anaknya.

4. Ia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jam kerjanya tak berbatas. Ia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun, mulai bekerja, memasak, membersihkan rumah, mencuci pakaian, lalu mengurus suami sebelum pergi kerja, mengurus anak-anak berangkat sekolah, ketika pakaian kering di jemuran ia akan mengangkatnya dan menyetrika dengan rapi.

5. Kemudian setelah begitu penat mengurus rumah tangga, malam giliran memenuhi ini itu suaminya. Mulianya seorang isteri adalah: tukang masak, tukang cuci, cleaning service, babu dan wanita penghibur digabung jadi satu.

6. Ketika suaminya menginginkan punya anak 4,5,6 atau 9 orang, ia sebagai isteri harus siap menderita mengandung anak dan bertarung nyawa melahirkannya. Suami kadang tidak terlalu paham penderitaan macam begini kerana mereka tidak mengalaminya

7. Meski laki-laki tak paham benar, tapi Allah Maha Mengerti, kerana itulah ia memberi reward pada pengorbanan perempuan. Bagi yang meninggal kerana melahirkan anak, maka syurga tempatnya. Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya, dengan sabar dan ikhlas, maka silakanlah ia masuk surga dari pintu mana saja ia suka.

Mulialah wanita solehah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperang melahirkan generasi dambaan. Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di syurga. Kemuliaan wanita solehah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah". (HR. Muslim).