Thursday, August 19, 2010

english tenses






Blaja Bahasa Cina

sem ni aku amik paper cina..saje suka2 nak belajar bahasa lain selain dari english ngan melayu..kot2 la nnt bila aku mengajar..aku kena deal ngan budak2 cina..senang la jugak aku nak berkomunikasi ngan diorang ni..naseb baik la aku amik paper ni ngan bff aku..so xdela aser bosan atau malas nk g kls..rajin je nk g kls ni..lgpon sbb aku da kn aim ngan lecturer cina ku..knp? kerana.....

aku la satu-satunya pelajar dalam kelas tu yang ada masalah dalam menyebut words cina ni ngan betul using the right tone..payah la plak nk sebut dia..nk kena ikut tone yang betul..salah sebut kang lain lak jadinya..pernah aku kena tahan lam kelas..xleh balik sama ngan student2 yang lain selagi aku belum boleh sebut ape yang sku belajar aritu ngan betul..malu gak aser ngan classmate dan bff aku..diorang pass je..aku ni yang asik kantoi..klu bab menulis aku ok tapi nak ingat tulisan dia tu..xsemua la yang aku igt...

lecture aku siap blutooth kat phone aku lagi cara sebutan yang betul nak suh aku denga tiap2 masa...aku buat la apa yang dia suruh dan practice kat bilik..alhamdulillah..sekarang aku da xde masalah lagi dalam kelas tu..cuma aku takut ngan test dan exam nnt..boleh ke aku jawab?

aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk paper ni..xnak jadi pelajar paling lemah lagi!!!!!!

melawat kanak-kanak istimewa



hari ni aku akan ke pusat syndrom down lagi utk observe ngan buat aktiviti bersama ngan felicia ngan rebecca again..lepas seminggu agak-agak kanak-kanak 2 orang tu masih igt lagi x kat aku ngan kawan-kawan? ni sumer ntuk asgnment paper psikolinguistik aku lah ni..mulanya mmbebel gak aku kena buat keje ni..tp last2..bila da jumpa budak2 ni..aku rasa seronok la pulak..comel2 je diorang ni..

at least aku dapat pengalaman kot cane nak deal dan tahu serba sikit tntang anak-anak istimewa ni..walau aku ada adik yang istimewa..tapi sakit diorang ni berbeza dan walau adik aku istimewa..aku tetap sangat sayangkan dia..dan pasti hari ni..sama cam minggu lepas..aku akan merindui adik amira ku yang comel itu..rindu pulak nak balik rumah..

aku da berazam ni..bila balik umah nnt..aku nak baik2 ngan layan adik aku main ngan tengok tv abis2..nak bawak dia g jalan2..sian dia..pas aku g kat center ni..aku sedar yang mereka2 ni pon nak hidop normal macam aku ugak..xpernah mintak jadi macam ni dan aku patut syukur dengan apa yang aku ada selama hari ni..mereka ni patut dilayan dengan baik dan saksama tanpa diskriminasi..dan aku xpenah mendiskriminasikan adik aku amira dengan adik2 yang lain..kadang2 aku lebihkan dia..

yaya...acik sayang aya sangat2..muahhhxxss..

paling penting..pergi tempat macam ni dan jumpa dengan mereka2 yg kurang bernasib baik ni..aku belajar menginsafi diri dan mensyukuri nikmat yang ALLAH s.w.t xputus2 kurniakan kepada aku..Syukur ya ALLAH..Alhamdulillah..


Wednesday, August 18, 2010

Amalan Dalam Bulan Ramadan

PAGI

Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya
Zikir
La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)

Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)
Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)
Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)
TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)
SELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali
SOLAT SUNAT
Solat sunat Isyraq
Solat sunat Dhuha
Solat sunat Tasbih dan
Membaca al-Quran
Membaca doa taubat 'Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)



TENGAH HARI

Solat sunat Zuhur - Fardhu Zuhur - Sunat Zuhur serta doa
ISTIGHFAR:

(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)

(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.

(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)


PETANG

1. Solat Sunat Asar - Fardhu Asar - wirid/doa

2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah

3.Tasbih yang bermasksud:

(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi

(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)

4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari - setiap hari

5.Selawat: (10/100 kali)
MAGHRIB:
berbuka puasa - solat Maghrib dan sunat Maghrib
solat sunat Awwabin
membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)


ISYAK:
Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak
Solat sunat Terawih, sunat witir
membaca al-Quran


TENGAH MALAM

Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh
Solat sunat wuduk
Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa

solat sunat hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)
Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).
Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepada-Nya).
Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)


BERSEDEKAH:

Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.
Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.
Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.





Berita Harian Online | Zionis tidak jemu rancang misi lenyapkan Al-Aqsa

Berita Harian Online Zionis tidak jemu rancang misi lenyapkan Al-Aqsa


Tuesday, August 17, 2010

Aku Suka Makan Dan Aku Suka Suruh Orang Makan..

makan adalah rutin aku...mknn mst ada kat depan mata..dan setiap kali aku makan..aku sangat suka ajak rumet dan kawan2 aku makan sama..testimoni nya adalah rumet aku sndr ngan bekas2 rumetku..

tapi kali ni lagi best..sebab aku dapat rumet yang makan bila aku ajak..hehehe..baru syok melantak sbb ad geng..xbermakna rumet sebelum ni xsyok..jangan salah paham..sume i loike..okeh..:))

tp yang buat aku buntu ni..rumet2 aku kadang2 mengelak klu aku ajak makan sebab takut naik berat..aku yang tukang sponser makan ngan yang kuat makan ni...xnaik2 pon berat...adeiiihhh..poning aku mikir..nape la payah sangat aku ni nak berisi..:(

jangan la tanya aku ni xmakan ke ape ke sbb aku kurus..aku makan orang karang..! dah tu..makan punya makan xjugak gemuk2..maybe aku kena makan orang dlu la lkot..aishhhh...perasaan orang kurus yang ditnya kenapa la kurus atau dikatakan kurus sangat adalah bersamaan dengan orang besar gajah yang ditanya.."pehal ko gemok sangat?" atau yang mulut xdak insurans g kata.."besar la ko ni..cam tong dram..tong dram kalah ngan ko.."

cakap aku macam2..aku sengeh je..sbb aku malas nk jawab..klu aku jawab..kompem korang xmo cakap ngan aku dah pasni..nak2 spesis org 'besar' yang suka tnya aku.."bila ko nak gemok"..beware..jangan smpai aku tnya korang balik.."yang ko besar gedabak ni bila nak kurus?"...ahahahahaha....


Hitler adalah Agen Iluminati..Dan Siapa dibelakangnya?

Hitler itu seorang politikus dan andai ada yang berkata Hitler melaksanakan sesuatu berdasarkan Al-Quran dan dia seorang yang berjihad dijalan yang benar, maka mereka salah. Ramai politikus2 hari ini menggunakan kitab Taurat, Injil & Al-Quran hanya untuk kepentingan peribadinya. Tulisan2 yang mengatakan Hitler membenarkan askar2 muslim bersembahyang, apa yang peliknya?? Bush si celaka itu pun membenarkan askar2 islam nya bersolat!

Hitler menubuhkan Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar ,iaitu satu Divisyen dalam tentera Nazi yang majoriti tenteranya adalah beragama islam dan memakai tarbus! jumlah bukan sedikit iaitu lebih kurang 60,000 orang! mereka ditugaskan untuk melakukan operasi tentera jerman di Balkan.Yang masih menjadi misteri sehingga kini ialah bagaimana Hitler yang dikatakan kejam itu boleh menubuhkan satu Divisyen tentera yang anggotanya beragama islam dan bila jerman kalah…kesemua anggota Divisyen hanzar ini telah dibunuh oleh Diktator Tito yang disokong oleh Russia dan British!

Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad (atau dikatakan bahawa nama keluarga asalnya Sabourjian yang dinisbahkan kepada salah satu suku dalam bangsa Yahudi) yang jelas mengatakan bahawa peristiwa Holocaust yang dilakukan oleh Hitler dan Parti Nazi sebagai dongeng yang dicipta untuk meraih simpati masyarakat dunia.
Daripada pelbagai kuliah yang disampaikan di seluruh Iran, kita diberitahu bahawa Holocaust adalah peristiwa di mana berlakunya pembantaian terhadap bangsa Yahudi Orthodox yang kuat beribadah dan tidak menyokong Zionisme.

Hitler hanya membunuh sedikit yahudi sahaja. tapi angka itu diperbessar2kan.
Yang banyak dibunuh puak slav, romania, gipsies, org hungary, org turki, ORANG ISLAM. Org Islam banyak dibunuh di Balkan (Bosnia, Croatia, Turki, Azerbijan) semasa tentera Hitler mara ke sana. Dalam masa sama Hitler telah mara di utara Afrika dan menyeksa serta menyembelih umat Islam di utara Afrika.
Dan dalam masa sama Hitler telah berpakat dengan Trotsky dari Rusiia untuk menyembelih Batalion hanzar, tentera Hitler yang beragama Islam. Jumlah mereka mencecah 100000 org selepas kekalahan jerman di Leningrad



Mengenali Hitler dan Perjuangannya

Adolf Hitler merupakan individu yang paling terkenal dalam sebarang fakta kejam. Menyebut namanya sudah membuatkan seseorang itu merasa benci dengannya walaupun tidak pernah mengenalinya.
 
Namun begitu, tidak ramai orang mahu memperkatakan tentang individu-individu yang bergerak mengarah Hitler dari belakang. Individu-individu inilah yang memainkan peranan dalam mencetuskan revolusi di Eropah dan perang propaganda Perang Dunia ke-2.
 
Peringkat-Peringkat Kepimpinan Diktator Hitler
 
Adolf Hitler adalah seorang tentera biasa yang cuma mempunyai suara yang kuat yang lantang. Walaupun kurang kacak dan tidak tinggi, tetapi kenaikan posisinya dari tentera biasa sehingga menjadi Fuhrer dalam Parti Nazi amat mencurigakan sesetengah pihak.
 
Kenyataan ahli-ahli sejarah yang dikutip Wikipedia yang mengatakan kepimpinan Nazi memilih Hitler memimpin kerana semangat juang dan kebijaksanaan berpidato langsung tidak boleh diterima. Ia hanyalah kenyataan untuk menutup konspirasi asal bagi merealisasikan semua perancangan Illuminati bagi mencetuskan Perang Dunia ke-2.
 
Hitler tidak sahaja menerajui tampuk tertinggi parti malah berjaya pula memenangkan hati rakyat dan dalam masa yang sama meranapkan parti-parti penentang dengan kejam yakni membunuh mereka sekali gus.

  
  • Berikut ialah peringkat kepimpinan Hitler;
  • Bekerja posmen Kem Infantri Regim Bavaria
  • Dilantik sebagai Lans Koperal - Pasukan Pertahanan Jerman
  • Menyertai GWP sebagai perisik
  • Dipilih memimpin GWP dan bertukar kepada Nazi
  • Pada 1932, Parti Nazi memenangi majoriti kerusi di Reichstag
  • Dalam tahun yang sama, Hitler menyebarkan propaganda Parti Komunis

 
Lelaki-lelaki di belakang Hitler

  
Maksud di sebalik peperangan ialah kos iaitu kos makan minum tentera, kos pakaian, kos minyak, kos pengeluaran senjata, kos pembinaan enjin, kos gaji buruh, kos gaji jurutera dan sebagainya. Maka Hitler tidak bergerak sendiri atas kebolehan berpidato semata-mata. Kos untuk melaksanakan dasar yang dipidatokannya sudah pun diatur penajanya.

 
Adolf Hitler sama peranannya dengan Napolean Bonaparte yang menjadi boneka Illuminati bagi mencetuskan peperangan-peperangan yang berterusan. Sebagaimana Napolean, Hitler tidak dapat bergerak tanpa sokongan dari orang-orang ‘besar’ dari belakang. Mereka sudah pastilah billionaire-billionaire yang sudah bersedia menaja segala macam tindak-tanduk Hitler dalam Perang Dunia Ke-2.

  
Penaja utama yang menerajui persiapan Hitler menghadapi perang sudah pasti Dinasti Rockefeller. Syarikat minyak Rockefeller ketika itu pemangkin utama kerajaan Jerman dalam operasi pemprosesan minyak dan gas bagi kegunaan kementerian pertahan Jerman.

 
Di dalam laporan dari Commercial Attache, kedutaan Amerika di Berlin pada Januari 1933, Amerika mengakui syarikat minyak Rockefeller menyumbang berbillion-billion dollar keuntungan kepada kerajaan Nazi di Jerman.

  
Sesuatu yang disembunyikan sejarawan barat ialah Jerman telah mengeksport gas sintetik yang tahan lama untuk digunakan jentera-jentera tentera dalam peperangan besar. Ironiknya, gas sintetik jenis hidrogen itu dihasilkan diimpor oleh Amerika untuk kegunaan makmal milik syarikat minyak Rockefeller di New York. Amerika Syarikat mengimporthampir 85 peratus keseluruhan keluaran gas tersebut dari Jerman pada 1934.

  
Antara lelaki lain yang disyaki membantu Hitler secara individu ialah Sir Henry Deterding iaitu salah seorang CEO Royal Dutch Shell. Hitler dilaporkan menerima sumbangan peribadi daripada Deterding sebanyak 55 juta pound sterling. Deterding juga ketika itu digelar sebagai “The Most Powerful Man in the World” bagi kebanyakan akhbar-akhbar dunia.

  
Pada 1932, seorang ahli kongress Perancis iaitu Paul Faure telah membongkar kepada akhbar bahawa sebuah firma perniagaan di Perancisi iaitu Schneider-Creuzot telah menyumbang dana rahsia kepada Adolf Hilter. Paul Faure mendakwa Hitler telah menerima sumbangan dana peribadi sebanyak 300,000 swiss gold franc.

 

 
Di antara syarikat-syarikat Yahudi yang menaja Adolf Hitler bolehlah diringkaskan seperti berikut:

 
Siemens and Halske (Jerman)

 
General Motor (Amerika)

 
Osram (Jerman)

 
Standard Oil - Rockefeller family (Amerika)

 
Royal Dutch Shell (Jerman)

 
National City Bank of New York (Amerika)

 
German General Electric (Jerman)

 
JP Morgan (Jerman)

 
Ford Motor Company (Amerika)

 
Bank of Manhattan (Amerika)

 
Schneider-Creuzot Group (Perancis)

 

Kesimpulan

Sokongan kewangan yang kuat dari belakang Hitler membuktikan bahawa Adolf Hitler adalah agen Illuminati yang telah dipilih dan direkrut untuk tujuan peperangan semata-mata. Kuasa wang adalah punca kuasa utama untuk seseorang yang tidak ada apa-apa dalam parti untuk terus meningkat ke tahap kepimpinan tertinggi parti.

 
Penguasa bank dan industri-industri antarabangsa dari seluruh dunia dilihat adalah peneraju utama peperangan manakala akhbar-akhbar antarabangsa adalah lidah raasmi yang bertindak memprovokasi agenda propaganda elit-elit Yahudi.

 
Hitler tidak lebih dilihat sebagai kambing hitam yang terpaksa memimpin Parti Nazi dengan berpura-pura berani di hadapan rakyat Jerman. Kematian Hitler juga menjadi kesangsian dunia sehingga ke hari ini malah mengundang pula pelbagai teori-teori biologi. Misteri kematian boneka Hitler tidak ubah seperti misteri kematian boneka Napolean yang dipindahkan di sebuah pulau terpencil di Perancis.

 

 

 

RAHSIA BANGSA MELAYU

[“Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu.






APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI? Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.





Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.



ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?





Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala...





Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.



Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.





Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).



Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.



Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).





'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.



Di mana mereka?Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini:



TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.





Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi 'The Lost Tribe' telah hilang di Bumi Mala. Perkahwinan? Mungkin. Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost Tribe' Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di Timur Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja.





DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.



Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua garis keturunan.Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail dan Siti Hajar.Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s,Nabi Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s,Nabi Ishak dan Siti Sarah.Kombinasi Keturunan yang terbaik.



Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:



Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan Mormon-Yahudi (menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.



Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:



Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang, atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).





TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.



Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M. Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.



Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.]

Mengapa Yahudi Pandai

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.




Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.



Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.



Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.



Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.



Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)



Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.



Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.



Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!



Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.





Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!



Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'



Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.





Penulis : Dr. Stephen Carr Leon





Di alih bahasa oleh :

Adibah Mohd Noor

Matriculation Lecturer, Department of Sciences

UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor
 
dipetik dari: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000090317809

Monday, August 16, 2010

Kuih-Muih Kelantan..

asal nak bukak puasa je..mst cakap pasal kuih-kuih yang ada kat kelantan..member2 bukan org kelantan pulak..terlopong je denga kami sebut nama kuih-kuih feveret kami ni..meh kita usha kuih yang payah nak jumpa kat tempat lain selain kelantan..:))

                                                          ni la dia "tahi itik"

ini dipanggil nekbat


yang ni lompat tikam


ni pulak koleh taik minyak


yang ni jala mas


ni pulak akok atau mok cik kedut


feveret adik and kakak ku..buah tanjung


yang ni tepung pelita..

balik cuti nak taya ni..pasti ku serbu bazar ramadhan kat kelantan tu..best tau kat sana..mknn sgt bnyk dan pelbagai..:))

16 ogos 2010

Ada ape dengan tarikh ni sampai aku bt sbgai tajuk? sebab 16/8 ni bnyk kenangan dia untuk aku di bulan puasa ni..bermula dari pagi hari smpai tutup mata..

pagi 16/8 sangat menyayat hati kami2 sume..ku terlupa beli lauk sahur sedangkan nasiknya ad..mujur ad ikan bakar yang xdimakan masa berbuka sekor..sekor ikan ku berkongsi dua dengan rumate..cik rah a.k.a my bestie lak terpaksa bsahur dengan roti dan coklat panas sahaja..sungguh sadis.
Bak kata rumet aku.."kita ni macam dalam kisah bersama mu pulak..yang kat dalam bersama mu lg bagus dr kita.."




sadis kan tgk kitorg..andai kata mak ayah kami ni nengok..mesti da ajak pulang..xyah dok hotel lg dah..sian..cam anak terbiar..

Petangnya..aku, rumet dan kengkawan ke bazar..peristiwa sedih di pagi hari mst dibalas..kami berazam nak beli lauk banyak-banyak..dan itulah yang terjadi..banyak sngguh mknn kami beli..banyak sorang2 berhabis beli makanan..tengok jam dah 6.30 petang..aku ngan shayam ku pon bergegas pulang..nk solat ngan masak nasik..seb baik rumet ad..dia tolong masakkan nasik..

da ada orang tolong masak nasik..aku ape lagi..lps solat trs beronline..syok je mengadap laptop smpai la lg 5 mnit nk bbuka..terus ku matikan suis rice cooker sebab aku tgk dia da tulis "warm"...maknanya nasik da masak dan sedang di panaskan..dengan bangga ku bawak turun periuk nasik..tetiba shahira bertanya..
"kenapa nasik awak ni camni?"
"cane plak?"
lantas beliau bukak tudung periuk bg aku tengok...."aaarrgghhhhhhhhhhhhhhh...tidakkkkkk"..menjerit aku tetiba..mengalahkan yang sawan..nasik masih lagi beras..rupenya rumet lupa tekan "cook"..adeiii..
nsb baik diorg yg lain-lain xmelenting..mkn dlu yang mana ad..da nk kenyang..baru lah nasik masak..hehehehe

sori kawan-kawan..:))

malamnya kami beramai-ramai pergi solat tarawih seperti biasa..terasa erat ukhwah antara kami semua..sentiasa bersama dan semoga kekal bersama untuk selamanya..

Doa Buat Sahabat
(asiah,farah,hanani,fazila,salwa,shahira)
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.
Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.
Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.
Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.
Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.
Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.
Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.
Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.
Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.
Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.
Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.
Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.