Saturday, March 16, 2013

asal kejadian manusia.

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama
. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT yang disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

Ditulis kembali : Aidil Sahipaludin.

apa erti bahagia?

Kita selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada kita, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup kita seringkali berkalut derita.

Sedangkan hakikatnya kitalah orang yang paling bahagia, jika kita sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. Itulah hakikat bahagia..ALHAMDULILLAH.. :)

jodoh lambat? yakinlah akan ketentuan ALLAH

Usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodohmu, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan buatmu, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.

Namun, jika tiada jodohmu dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang. sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian.

Oleh itu teman, sudahi air matamu, yakini takdirmu. setiap yang berlaku bersama hikmat yang tertentu.

Berhenti mengejar cinta yang tidak pasti, apa yang terbaik kini, berdoalah hanya pada rabbi, semoga pintu hati ini hanya akan terbuka buat insan yang dipilih olehNya,bukannya cinta yang hadir kerana dipalit nafsu semata..

doa pertunangan ini..

Mohon Sertakan Aamiin...


♥Bismillaahirrahmaanirrahiim♥

°♡°Ya Allah dengan menyebut nama_Mu yang maha pengasih , penuh cinta kasih.
°♡°Dengan menyebut namaMu yang maha penyayang penuh kasih sayang.
°♡°Kami mohon limpahan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah.Kami mohon limpahan kasih sayang dari seorang (suami…istri) yang telah Kau tetapkan bagi kami ya Allah.
°♡°Jadikan kami bersama keluarga kami , karib kerabat dan handai taulan kami dalam naungan kasih sayangMu ya Allah .
°♡°Beri kami Rasa aman nyaman dalam naungan kasihMu ya Allah. Jangan kau jadikan hubungan kami dengan karib kerabat, sanak saudara, handai taulan dalam kebencian , kedengkian , kemarahan dan kekalutan diantara sesama kami.
Aamiin..

°♡°Jadikan lingkungan kami lingkungan yang aman , nyaman penuh dengan rahmat dan dan kasih sayang Mu ya Allah. Perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah.Engkaulah sebaik baik yang memperkenankan doa.

°♡°Ya Allah Engkau yang maha pengasih penuh cinta kasih, Engkau yang maha penyayang penuh kasih sayang.
°♡°Segala puji bagiMu ya Allah yang telah menjadikan segala sesuatu berpasang pasangan.
°♡°Segala puji bagiMu ya Allah yang telah menamankan rasa kasih sayang diantara kami dengan pasangan yang telah Kau tetapkan bagi kami .
°♡°Ya Allah yang maha pengasih penuh cinta kasih, yang maha penyayang penuh kasih sayang, jadikan bagi kami seorang suami/istri yang menyayangi dan mencintai kami.
°♡°Jadikan bagi kami jodoh yang serasi, saling mengasihi saling menyayangi dalam rahmat dan kasih sayangMu.
Jauhkan kebencian, kemarahan, kecurigaan dari hati kami masing masing.
°♡°Jadikan kami dalam naungan rahmat dan kasih sayangMu Lindungi hubungan kami dari campur tangan syetan dari golongan jin dan manusia yang menimbulkan perpecahan, kemarahan dan kebencian diantara sesama kami. Perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah , Engkaulah sebaik baik yang memperkenankan doa.
Aamiin..


°♡°Ya Allah Engkaulah Raja yang berkuasa penuh dihari berbangkit.
°♡°Engkaulah penguasa tunggal dihari itu. Dihari yang tiada berguna harta dan anak anak, dihari yang tiada menolong sanak famili, dihari yang tiada berguna pangkat dan jabatan.
°♡°Tidak ada tempat berlindung dihari itu selain lindunganMu , tidak ada tempat bernaung dihari itu selain naunganMu.
Jangan kau hinakan kami dihari itu ya Allah, jadikan kami dalam naungan dan lindunganMu. Ampuni semua dosa dan kesalahan kami dihari itu ya Allah. Tempatkan kami pada tempat yang mulia disiMu ya Allah. Perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah. Engkaulah sebaik baik yang memperkenankan doa’.
Aamiin..


°♡°Ya Allah, hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami mohon pertolongan.
°♡° Engkaulah Tuhan kami, tidak ada yang kami sembah selain Engkau. Hanya padaMu kami rukuk dan sujud. Hanya padaMu kami mengabdikan seluruh hidup kami. Hanya padaMu kami mohon pertolongan dan perlindungan.
°♡°Engkaulah tempat kami menggantungkan harapan kami. Tolong kami menghadapi berbagai masalah yang hadir dihadapan kami. Tolong kami mendapatkan jodoh yang serasi dari sisiMu , jodoh (suami atau istri) yang membawa rahmat bagi kami dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Aamiin..

°♡°Ya Allah jika kau pertemukan kami dengan jodoh yang telah kau tetapkan , satukan hati kami dalam rahmat dan kasih sayangMu,mudahkan kami melanjutkan hubungan kami kejenjang pernikahan yang Kau ridhoi. lindungi kami dari gangguan syetan golongan jin dan manusia yang menimbulkan kebencian, kemarahan dan perpecahan diantara sesama kami.

°♡°Tolong kami dengan kekuatan yang dahsyat dari sisiMu. Engkaulah tempat kami mengadu dan menggantungkan semua harapan kami. Perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah.
Aamiin..

°♡°Ya Allah , tunjuki kami (berdua) jalan yang lurus, jalan yang penuh dengan rohmat dan berkahMu. Tunjuk kami jalan yang lurus yaitu jalan yang penuh dengan rahmat dan berkamu. Bimbing kami, tuntun kami menempuh jalanMu yang lurus ya Allah.

Yaitu jalan orang orang yang telah mendapat nikmat dariMu, bukan jalan orang yang Kau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat. Ya Allah Tunjuki kami jalan yang lurus, jalan yang ditempuh oleh para nabi, para Rasul, para sholihin, para shodiqin. Bukan jalan orang yang Kau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat. Bukan jalan orang yang maksiat dan bergelimang dosa. Bukan jalan orang yang kufur dan terus menerus menentangMu. Tunjuki kami jalan yang lurus dan penuh dengan rahmat dan berkahMu ya Allah. Perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah. Engkaulah sebaik baik yang memperkenankan doa.
Aamiin..

Baca tadabbur al fatihah ini dengan sungguh sungguh dan khusuk, Insya Allah Dia akan memilihkan jodoh yang terbaik bagi anda dan menjaga anda hingga sampai kepernikahan yang anda idam idamkan...
°♡°Hamasah°♡°

Semoga bagi yang sedang menanti,diberikan Jodoh yang sholeh wa sholehah...

Aamiin Allahumma Aamiin...