Wednesday, December 12, 2012

12.12.2012

tarikh ramalan kaum mayan yg menyatakan hari ini adalah hari kiamat adalah karut marut belaka..tapi sekurang2nya hari ni ada la kenangan dalam hidup..tanggal 12.12.2012 akhirnya aku melafazkan kesudian dan in syaa allah semoga itu jawapan dari hatiku yg terpaling dalam dan ikhlas bahawasanya aku sanggup menjadi isteri seseorang..

kenapa???

kerana aku yakin dia mampu menjaga dan melindungi aku..dia telah mencuba yang terbaik. iya, memang tiada jaminan aku akan hidup senang dengannya..akan dilimpahi kemewahan..tapi aku yakin dia akan menjadi pelindungku..selama ini aku berasa selamat dengannya..(sekiranya ayat ini nampak angkuh atau riak, demi allah bukan maksudku utk menyatakan dia mampu menjaga dan menjadi pelindungku yg lebih baik dari ALLAH swt) cuma aku merasakan dia rezeki dari allah untuk ku..(rezeki, apabila kita menerima, mendapat atau mempunyai sesuatu yang memberi manfaat kepada kita, walau untuk aspek yang kecik) aku berdoa agar allah membantu kami membina impian bersama dan dipermudahkan urusan agar tetap hati kami dan diterima dan direstui kedua2 keluarga..

owhhhh..mari susuri memori 12.12.12 ni,,,

makan..agenda pertama, walau dia kelaparan yang amat dan hanya nasi yang mampu mengenyangkan dia namun dia tetap membelanjaku makan prosperity kat mcD (dia sgt la anti ngan mcD padahal da xsuka makan daging) tp ditelannya jugak..

supriseee...dia bawak pegi terapi ion. terharu, cara alternatif katanya untuk buang toksin2 lam badan, mana tahu batu lam hempeduku blh hilang selain membawa dan belikan ubat kat homeopathy (alhamdulillah dia amik berat) tp malu la plak kena perli2 sbb bnyk sgt kotoran kuar dari tapak kaki..mengalahkan dia..

2 3 hari lps aku ada la ngada2 gtau nak jalan2 tepi pantai..xsangka petang ni dia bawak pegi tepi pantai dan ikut je aku jalan sepanjang gg air sambil kutip cengkerang (tp kn kutuk la jugak, awak macam budak)..

finally.... dia gtau keadaan hidupnya dan suruh aku buat keputusan yg terbaik bagi diri sendiri, jgn fikirkan dia sbb dia boleh terima ape2 pon keputusan..dia nasihatkn aku utk mengalah atau cari yang lain sbb dia xmampu berikan aku kesenangan dan kemewahan..

after isyak dia text tnya keputusanku..jeng jeng jeng..tekalah yea..