Saturday, January 15, 2011

setelah 2 minggu bergelar guru praktikal..

minggu pertama sbg guru praktikal memang mencabar..persekitaran baru..budaya baru..orang2 baru dengan ragam yang pelbagai dan paling penting kerja2 baru yang xpernah pon aku buat sebelum ni..disebabkan itu..rutin harian aku pon bertukar baru..attitude dan disiplin juga..tapi alhamdulillah syukur..semua perubahan ke arah kebaikan..semoga aku terus diberikan jalan yang lurus..


tidak mudah menjadi cikgu baru apatah lagi sekadar guru praktikal..walau students sume baik2 dan memberi kerjasama..namun ada sebilangan guru yang tidak menyenangi aku dan kawan2..mungkin silap kami sndiri kerana kurang bergaul pada awalnya..namun setelah kami memohon maaf dan cuba merapatkan diri serta menerima segala kerja yang diberi..masih kedengaran suara2 sumbang serta pandangan mata yang menikam..ALLAH saja yang tahu betapa siksanya menempuhi hari2 tersebut..mujur diri tidak bersendirian.


isnin ni masuk minggu ketiga aku mengajar..aku mulai jatuh cinta kepada profession ini..sungguh aku berasa gembira mengajar adik-adik disekolah..aku akan cuba yang terbaik. students pon dah semakin rapat dan ramah denganku..walau kenkadang aku garang dan mendenda mereka..namun aku menjelaskan setiap yang aku lakukan itu bukan untuk menunjukkan kuasa ku sebagai seorang guru..namun sekadar memastikan mereka menyelesaikan tugasan agar aku mampu menilai prestasi mereka serta memastikan mereka tidak ketinggalan di dalam pelajaran..syukur mereka memahami..


selama mengajar di sini secara tidak langsung aku menjawat jawatan sebagai warden..tetapi tidak mempunyai kuasa untuk melakukan sebarang keputusan kerana aku sebenarnya hanyalah menumpang disini. menjadi warden di asrama lelaki membataskan pergerakan dan aktiviti aku. .aihhhhhh..semoga aku tidak melanggar etika perguruan...mungkin adiik2 jugat 'terkejut' melihat perempuan tinggal bersama meraka..kejutan budaya.


tiada lain yang aku harapkan selain dapat menjalankan tugas aku sebagai pendidik dengan sebaik mungkin walaupun aku hanyalah sekadar guru pelatih sahaja..namun peluang ini tidak akan aku sia-siakan..mungkin suatu hari nanti aku tidak akan lagi dapat mengajar di sekolah yang mempunyai pelajar sebaik ini..semoga hubungan sesama guru akan bertambah baik..pelajar juga mampu memahami setiap yang aku ajarkan dan kehidupan aku juga akan lebih tersusun...bermakna dan dirahmati yang ESA..