Wednesday, September 22, 2010














TEST BAHASA CINA

tadi aku ngan bff ku ad test ntk paper cina ktrg..da smpai hujung2 sem ni.bila belajar pon makin payah..mula kami hilang semangat dan rasa menyesal amik paper ni..tapi nak buat cane..nak drop pon dah xleh..lagi satu..klu orang lain boleh..kitrg pon mesti boleh jugak sbenarnya..janji rajin..

nak dijadikan cerita..sebab da memang petang tadi test kitrg...aku pon sanggup la ponteng lecture skul admin semata-mata nak g study kat library ngan bff ku..konon2 nak score la ntuk test ni..xmo dapat markah tercorot..dengan semangatnya kami langkah kaki masuk library tu..tapi lupa lak kaki mana dlu ngan lupa nak baca bismillah..sampai2 kat meja study..kami pon bukak buku latihan ngan nota nak study..dengan suasana yang sunyi sepi..sejuk aircond yang membuai-buai..aku pon mitak izin ngan bff ku

"nak tdo dlu jap.."
"bape lama nak tdo tu?"
"5-10 minit je pon..pastu bangun study ah.."

kat depan ktrg ade sorang mamat tu..lantak ah..da ngantuk..aku tido kat meja aku..guna mata aku..ape nak kesah ngan ko..dan terus aku menyembamkan muka ke meja ngan jayanya..siap mimpi2 lagi..tetiba aku terjaga..

"lohhh...patut la xgerak2..dia pon tdo jugak"..rupenya bff ku pon join skali aku tdo..alang-alang dio tdo..aku pon sambung lagi peniduranku..sehinggalah aku terdengar bunyi azan...astagfirullah hal-azim..sejam lebih rupenya kami sembam kat meja tu..mamat kat depan pon da blah..da ganti ngan orang lain lak duk kat situ..nasib xde air bisa meleleh-leleh..

sudah-sudahnya...gagal la perancangan untuk pulun study last minute ktrg..dengan pasrahnya masuk tutorial ntk jawab test..nasib sebelum tdo semalam aku ad belek-belek buku latihan..xdela kosong sangat kertas aku tu..tapi pape pon..lompang-lompang itu tetap ada..

dan kami telah berjanji untuk membuat sehabis baik bila finl nanti..tertunaikah janji dan azam itu?..kita tnggu je la..

ULSER MULUT YANG MENYAKITKAN

hari ni aku da berubah karakter mnjadi seorang yang pendiam..ni sume gara-gara ulser yang hinggap kat lidah aku..klu sebijik xpe..ni ad dua..sakit woooo..punya la seksa aku nak bcakap arini..makan lagi la..macam bpuasa jap jadi..naseb shahira da berikan ubat..ok la sket klu nak bcakap..tapi still seksa klu nak makan..berjam masa aku ambik nak habiskan sebungkus nasik..

cepatlah sembuh wahai ulser..apela dugaan aku ni..lepas satu penyakit satu penyakit timbul..lepas alergik teruk..aku kena selesema yang lama..dekat sebulan..pastu kena lak ulser ni..nasib baik aku aku penah kata

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
                                                                                                      (HR. Bukhari-Muslim)


Hikmah Sakit
Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia.

Pertama, sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali.

Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.

Kedua, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.

Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.
Ketiga, sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.

Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!
Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.

Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.

Keempat, sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.

Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,

“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima, sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang itu sakit, maka akan ada kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab.

Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka.

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…




Tuesday, September 21, 2010

GUMIHO-tale of the fox's child OST

i'm currently addicted to this drama..lucky for me USM didn't block youtube anymore..even though i can't watch it on tv..still i can watch it online..i like this drama damn much..hehehe..=))