setelah bertahun aku terbelenggu dengan perasaan ini..akhirnya hari ini aku dengan segala hormatnya akan meninggalkan dan melupakan segalanya yang berlaku. lagu ni cam seswai je ngan aku..
Saturday, December 25, 2010
bila rasa ini bukan lagi milikmu..
sejak dari perkenalan aku dan dia, rasa suka berubah cinta..perasaan itu terus mekar walau aku sering disakiti dan ditipu..berkali aku cuba melupakannya namun sukar..seringkali engkau hadir takkala aku hampir2 melupakanmu..engkau kembali menjerat perasaanku dengan kata-kata indahmu..kali pertama engkau bohongi aku..aku hanya mampu menangisi dan memaafi namun aku tekadkan hati untuk menerima semua ini.dan kini engkau menjauh selepas puas menabur kata..namun aku tidak lagi tertanya-tanya mengapa kerana aku sudah sedia maklum akan sikap dan perlakuanmu..mungkin andai cintamu kali ini tidak berhasil..aku akan kau cari kembali untuk mengisi kekosongan hatimu..senangnya dikau mempergunakan aku semahu mu tanpa secalit rasa bersalah..pernah dikau fikirkan perasaan aku? pasti tidak bukan..namun au sentiasa memikirkan dan menjaga perasaanmu..namun kini..hari ini..rasa ini sudah mati..inilah jalan yang terbaik untukku..bukan kerna aku tidak layak untukmu..tetapi dikau tidak layak mendapat cintaku..mungkin aku tidak secantik yang engkau inginkan namun selebihnya yang aku miliki mengatasi apa yang engkau ada..makanya aku yakin bahawa engkau bukan yang terbaik untukku dan aku pasti akan temui seseorang yang sesuai untukku. tidak pernah ku sesali takdir dan menangisi apa yang terjadi..erti hidup ini semakin mengajar aku untuk tabah dan matang..malahan aku bersyukur mengenali seseorang sepertimu..yang mampu kujadikan garis panduan agar tidak lagi mudah dipermainkan di masa hadapan.
setelah bertahun aku terbelenggu dengan perasaan ini..akhirnya hari ini aku dengan segala hormatnya akan meninggalkan dan melupakan segalanya yang berlaku. lagu ni cam seswai je ngan aku..
setelah bertahun aku terbelenggu dengan perasaan ini..akhirnya hari ini aku dengan segala hormatnya akan meninggalkan dan melupakan segalanya yang berlaku. lagu ni cam seswai je ngan aku..
Subscribe to:
Posts (Atom)