Monday, August 16, 2010

16 ogos 2010

Ada ape dengan tarikh ni sampai aku bt sbgai tajuk? sebab 16/8 ni bnyk kenangan dia untuk aku di bulan puasa ni..bermula dari pagi hari smpai tutup mata..

pagi 16/8 sangat menyayat hati kami2 sume..ku terlupa beli lauk sahur sedangkan nasiknya ad..mujur ad ikan bakar yang xdimakan masa berbuka sekor..sekor ikan ku berkongsi dua dengan rumate..cik rah a.k.a my bestie lak terpaksa bsahur dengan roti dan coklat panas sahaja..sungguh sadis.
Bak kata rumet aku.."kita ni macam dalam kisah bersama mu pulak..yang kat dalam bersama mu lg bagus dr kita.."




sadis kan tgk kitorg..andai kata mak ayah kami ni nengok..mesti da ajak pulang..xyah dok hotel lg dah..sian..cam anak terbiar..

Petangnya..aku, rumet dan kengkawan ke bazar..peristiwa sedih di pagi hari mst dibalas..kami berazam nak beli lauk banyak-banyak..dan itulah yang terjadi..banyak sngguh mknn kami beli..banyak sorang2 berhabis beli makanan..tengok jam dah 6.30 petang..aku ngan shayam ku pon bergegas pulang..nk solat ngan masak nasik..seb baik rumet ad..dia tolong masakkan nasik..

da ada orang tolong masak nasik..aku ape lagi..lps solat trs beronline..syok je mengadap laptop smpai la lg 5 mnit nk bbuka..terus ku matikan suis rice cooker sebab aku tgk dia da tulis "warm"...maknanya nasik da masak dan sedang di panaskan..dengan bangga ku bawak turun periuk nasik..tetiba shahira bertanya..
"kenapa nasik awak ni camni?"
"cane plak?"
lantas beliau bukak tudung periuk bg aku tengok...."aaarrgghhhhhhhhhhhhhhh...tidakkkkkk"..menjerit aku tetiba..mengalahkan yang sawan..nasik masih lagi beras..rupenya rumet lupa tekan "cook"..adeiii..
nsb baik diorg yg lain-lain xmelenting..mkn dlu yang mana ad..da nk kenyang..baru lah nasik masak..hehehehe

sori kawan-kawan..:))

malamnya kami beramai-ramai pergi solat tarawih seperti biasa..terasa erat ukhwah antara kami semua..sentiasa bersama dan semoga kekal bersama untuk selamanya..

Doa Buat Sahabat
(asiah,farah,hanani,fazila,salwa,shahira)
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.
Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.
Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.
Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.
Ya Allah…

Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.
Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.
Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.
Ya Allah…

Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.
Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.
Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.
Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.
Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.










No comments: