meh kita tgk tips nak rancang jntina baby..tapi ingat, kita merancang, ALLAH tentukan..
KALENDER KESUBURAN BULANAN(Let's say haid jatuh pd 1hb)
Hari Haid : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (10 hari)
Hari Subur (untuk mendapatkan baby boy): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (untuk mendapatkan baby girl): 18,19,19,20,21,22,23 (7 hari)
Hari Tidak Subur: 24,25,26,27,28,29,30 (7 hari)
Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.
Sumber: Dr.Hamid Arshad's Q&A article
Bagaimana merancang jantina?
Berikut
adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda.
InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita
hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y.
Sedangkan
telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang
bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih:
Benih
Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding
dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:
Merancang anak lelaki
1.
Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka,
minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut
adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan
(Rancang pemakanan ni 2-3 bulan awal2 sebelum mencuba. Jgn lak mase dah lekat baru nak makan.. dah tak kira dah tu..)
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3.
Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’
atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet
dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan
persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari
farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial
insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau
menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah
disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah
tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak
lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila
melahirkan anak perempuan.
Merancang anak perempuan
1.
Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas,
cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2.
Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation).
Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh
dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
More...
Untuk dapatkan anak lelaki
1- banyakkan makan sayur untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2-
deep penetration, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim
isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ni laju tapi tidak
tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar
ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki
Untuk dapatkan anak perempuan
1- banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua2 pasangan, lelaki dan perempuan
2-
subsurface penetration, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini
berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama
dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan
bercantum dengan ovum
No comments:
Post a Comment