Jadi, apa yang dimaksudkan dengan istikharah jadi fitnah?
Ada beberapa situasi yang boleh dijadikan contoh, hasil pembacaan aku daripada sebuah buku berkaitan pernikahan.
Lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B. Malah, keluarga mereka
juga saling mengenali dan sudah merancang bernikah dalam masa beberapa
bulan sahaja. Jika difikirkan, sudah tidak ada masalah lagi dalam
urusan. Segalanya dipermudahkan. Kemudian, suatu hari, si A melakukan
istikharah lagi, untuk tujuan kepastian. Padahal, sebelum bertunang
beliau sudah istikharah dan diberi ketenangan hati. Dipendekkan cerita,
si A seakan-akan nampak wajah orang lain dalam mimpi. Kemudian, si A
bertindak memutuskan pertunangan dengan si B kerana dikatakan mendapat
'petunjuk' daripada Allah.
Soalan yang mudah. Adakah kita ini wali, yang begitu mudah mendapat
petunjuk melalui mimpi? Boleh jadi mimpi tersebut gangguan syaitan.
Soal istikharah, tidak semestinya dapat melalui mimpi. Antara
'petanda' bahawa si dia adalah jodoh kita, adalah dengan segala urusan
dipermudahkan.
Istikharah dilakukan untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian.
Sebagai tanda mengagungkan Allah dalam membuat segala keputusan. Jika
sudah yakin, teruskan. Jangan biar istikharah jadi fitnah!
1 comment:
knp saya membangkitkan soal ini? kerana sy telah berkali2 istikharah dengan pilihan hati..segala2nya alhamdulillah semakin mudah dari berbagai halangan namun kdg2 saya ragu bila memikirkan tntg pertemuan sy dgn si B..mungkin dia jodoh sy krn dia pernah bkias yg dia sukakn sy..namun tiada kesungguhan sedangkan si A..berhempas pulas berusaha agar kami mampu bsama..bila terbaca tentang fitnah istikharah, sekurang2nya sy lega..mungkin betul si A itu ditakdirkn utk sy skrg ini (knp skrg ini? krn sy xtau masa depan..hanya allah maha mengetahui)
Post a Comment