Friday, December 7, 2012
doa ketika buntu
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku
mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian
dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat
berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan
aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang
ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah
baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta
natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi
ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan
kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku
dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah
urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan
tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah
daku meredhainya.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment