Friday, December 7, 2012

cara untuk takluki lelaki

5 Ciri Wanita Penakluk Hati Lelaki

|Seorang wanita yang cantik tidak dinafikan selalu mampu mendapatkan hati para lelaki,tetapi belum tentu dia mampu menaklukinya!

Benar,menjadi cantik tidak semestinya bererti anda telah berkuasa atas hati lelaki.Malah tidak kurang para
wanita cantik yang harus kecewa kerana pasangan mereka lebih memilih berkongsi banyak perkara dengan
wanita lain yang ternyata tidak lebih cantik dari dirinya.

Bukan bererti juga anda tidak
perlu menjadi cantik,menjaga kecantikan dan penampilan anda,tetapi ciri-ciri berikut ini harus juga anda miliki agar anda benar-benar menjadi wanita yang mampu menakluki hati setiap lelaki dalam kebahagiaan.


1.Anda membuatnya senang untuk bicara apapun
Dia bebas berbicara perihal apa pun dengan anda dan percaya anda tidak akan meremehkan dirinya jika topik yang dibicarakan tidak anda sukai,mampu memahami apa yang dirasakan dan dapat membantunya untuk menemukan makna hidup dan meniti di jalan hidup yang benar.Pasti! Dia akan selalu berada dalam pelukanmu!

2.Mampu berdebat
Walaupun sikap lelaki selalunya ingin mendominasi,tetapi lelaki juga suka jika mempunyai lawan yang seimbang.Perdebatan yang jujur,disertai keberanian untuk mengakui dan memperjuangkan kebenaran,walaupun disertai tangisan,akan membuatkan lelaki menghormati dan semakin percaya pada
pasangan wanitanya.

3.Berpakaian sesuai diri anda
Ketika keluar bersama biasanya anda akan menyesuaikan gaya berpakaian dengan pasangan.Namun untuk
hubungan jangka panjang, sebaiknya anda jujur dengan diri sendiri.Seorang wanita yang percaya diri dengan
gayanya sendiri cenderung lebih bahagia dengan apa yang dimilikinya dan itu menjadikannya lebih mudah bergaul secara sosial mahupun fisikal serta lebih mudah mengadaptasi ciri kehidupan lelaki pasangannya dengan ciri kehidupan sendiri.

4.Mampu memahami fikirannya
Keserasian anda dengan cara berfikirnya ternyata mampu menjadi penentu samada anda cukup memahaminya atau tidak.Perhatian dan keprihatinan anda pada pola berfikir si dia dan orang-orang disekelilingnya akan membuatkan anda tidak kekok dan mampu untuk turut serta ke dalam kehidupannya.Secara tak langsung menunjukkan anda mengambil berat dan memahami bagaimana
karakter pasangan anda.

5.Anda adalah kriteria seorang ibu yang diinginkannya
Tidak dapat dinafikan,masa kecil seseorang dan hubungan dengan ibunya sangat mempengaruhi kehidupannya di kemudian hari.Rasa aman yang diperolehi dari seorang ibu ketika dia kecil dan waktu
dewasa,secara tidak langsung membuatkan lelaki akan mencari kriteria tersebut dalam diri pasangannya.Tambahan lagi, lelaki akan merasa senang jika bersama wanita yang mampu mengurus anak-anak dan rumah tangga dengan baik

No comments: