Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya
dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati
lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas.
Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa
sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan
air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil
kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh
melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap
memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan
perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu
sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar
cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan
terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada
kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan
yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini
sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang
yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi
tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa
senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya
setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud
mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar
hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu
tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi,
terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang
bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu
terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan
bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil
berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika
kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu
buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang
akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu
memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu
fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya
dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin,
baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan
sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki
lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin
mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula
berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh
menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam
terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa
yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari
orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini
boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya
kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang
lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak
ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian
daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya
lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk
hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka
manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap
machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk
orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah
teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa
bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling
rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak
dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka
masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu.
Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak
perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you
masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu
tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.
Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu
betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki
anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu
terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi
kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
No comments:
Post a Comment