❀ ܓ{Niat}❀ ܓ
إنما
الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله
فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها
فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan
adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan.
Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan
RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan
RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal
diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya
adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
❀
ܓDengan hadis inilah Imam Bukhari memulai kitab shahinya dan
menempatkannya dalam pengantar kitab tersebut. Sheikh Abdur Rahman b
Mahdi berkata: Seandainya aku mengarang sebuah buku yang di dalamnya
terdapat beberapa bab,sudah pasti aku menjadikan hadis ini dalam setiap
bab.❀ ܓ
❀ ܓKata kata Ulama mengenai Niat❀ ܓ
1)Yahya b Abi Khatsir berkata: ”Pelajarilah niat kerana sesungguhnya niat itu lebih penting dari amal itu sendiri.”
2)Zaid As-Syaami berkata: ”Sesungguhnya aku paling suka berniat dalam segala hal dan urusan,walaupun ketika makan dan minum.”
3)Imam Daud At-Thoi berkata: “Aku melihat segala kebaikan terkumpul daripada baiknya niat seseorang.”
4)Imam
Habib Abdullah Alawi Al-Haddad berkata: ”Carilah niat yang
baik,perbanyakkan dengan niat tersebut, nescaya akan menambah pengawasan
dan kekhusyuan.
Para salaf telah mengajarkan kepada anak mereka tentang niat sebagaimana merekamengajar al-Fatihah kerana memandangkan kepentingan niat tersebut.
~:♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥::~~::♥:~
♥♥{Niat Nikah dan berkahwin}♥♥
Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf Rahimahullah berkata:
Aku niat di dalam pernikahan dan perkahwinan ini kerana:
1)Cinta kepada Allah
2)Serta berusaha meramaikan anak untuk mengekalkan makhluk manusia di muka bumi Allah Ta’ala
3)Cinta kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam serta banyakkan kebanggaannya sebagaimana sabda beliau,:
“Berkahwinlah kamu serta perbanyakkan keturunan,kerana sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu dari umat yang terdahulu.”
Aku berniat berkahwin dan apa sahaja yang berkaitan dengannya dari perkataan dan perbuatan agar:
4)Mendapat barakat daripada doa anak yang soleh
5)meminta syafaat dari anak yang mati kecil jika anak itu mati sebelumku.
Aku niat berkahwin ini agar:
6)Terhindar dari godaan syaitan
7)Memecahkan keinginan yang sangat kuat
8)menghindarkan malapetaka yang menimpa
9)memejam mata dari segala hal yang diharamkan oleh Allah Ta’ala dan gangguan was was
10)dan menjaga kemaluanku dari perbuatan keji
Aku niat berkahwin ini untuk:
11)Menenangkan diri dengan menggembirakan isteri didalam pergaulan dengannya
12)memandang dan bercumbu cumbuan dengannya
13)menyenangkan hati dan menambah ketaqwaan dalam ibadah
14)mententeramkan
hati dari perkara yang berkatian dengan
dapur,memasak,mengemas,menyapu,menghamparkan tikar,membasuh pinggan
mangkuk serta menyediakan keperluan kehidupan.
Aku niat bernikah juga untuk:
15)Melawan hawa nafsu dan melatihnya dengan penjagaan
16)pengawasan supaya dapat melaksanakan kewajipan keluarga
17)sabar terhadap tingkah laku
18)sabar dan menahan diri dari gangguan mereka
19)berusaha memperbaiki dan member petunjuk ke jalan yang baik
20)berusaha mencari rezeki yang halal untuk keluarga
21)melaksanakan
perintah Allah dalam mendidik anak serta meminta kekuatan dan penjagaan
dari Allah dan memohon taufiqNYA dan penyerahan diri kepada hadhrat
Ilahi dan aku berniat untuk kesemua yang disebutkan tadi kerana Allah.
22)Aku
niat juga seperti ini dan juga selainnya dari perbuatan dan perkataan
yang aku lakukan dan katakana di dalam nikah ini kerana Allah
23)aku berniat seperti niat orang-orang yang soleh dari ulama yang mengamalkan ilmunya.
-----------------------------------------------------“♥ ~ ❀~ ♥”-------------------------------------------------------
❀ ܓDoa Imam Habib Ali bin Abu Bakar As-Sakran As-Saqqaf❀ ܓ
“Ya
Allah!Berilah taufiq dan pertolonganMu kepada kami sepertimana kamu
member taufiq dan pertolonganMU kepada mereka,sempurnakanlah kekurangan
yang ada pada kami, dan janganlah Engkau memberati urusan kepada kami
walau sekelip mata, dan perbaikilah segala hal untuk kami daripada
anugerah dan kemuliaanMU dalam keadaan sihat dan sejahtera.”
“Ya
Allah! Ampunilah dosa kami, rahmatilah kami, redhailah kami, terimalah
apa sahaja yang datang dari kami, masukkan kami di dalam syurga serta
selamatkan kami dari azab nerakaMu serta perbaikilah segala hal kami.”
“Ya
Allah! Berikanlah pertolongan, barakah dan keselamatan untuk kami di
dalam perkahwinan ini dan kesemua urusan kami. Selamatkan kami dari
segala perkara yang menyibukkan kami dari MengingatiMu serta segala
rintangan yang menghalang di antara kami untuk mentaatiMu, dan
jadikanlah di dalam perkahwinan ini kesempurnaan dan tidak meminta minta
kepada orang lain.”
“Ya Allah! Sesungguhnya tingkah lakuku
adalah pemberianMu, maka oleh itu jagalah aku dimana sahaja aku berada,
dan perhatikan kami dengan kekuasaanMU, yang dengannya Engkau menguasai
hamba-hambaMu yang soleh.”
“Ya Allah! Bantulah kami, orang
tua kami, anak anak kami, isteri isteri kami,guru kami, dan semua
saudara-mara kami, begitu juga sahabat yang mempunyai hak terhadap kami
dan orang yang mempunyai hak yang paling rendah terhadap kami. Ya Allah!
Tolonglah kami dan mereka bagi memudahkan mereka MengingatiMu,
mensyukuri nikmatMU dan beribadah kepadaMu dengan baik, wahai Tuhan
semesta alam.”
“Ya Allah! Berilah taufiq dan hidayat
kepada kami dan juga kepada mereka, wahai Tuhan yang menguasai seluruh
alam semesta.Ya Allah! Hidupkanlah kami dan mereka di dalam penguasaan
Al-QUr’an dan sunnah NabiMu wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan
kemuliaan. Ya Allah! Sesungguhnya kami meminta kepadaMu bagi pihak kami
dan mereka agar diterima apa jua amalan yang pernah kami lakukan untuk
mendekatkan diri kepadaMU.Terimalah dari kami ini.Amin Ya rabbal
Alamin.”
“Ya Allah! Limpahkan selawat dan salam daripada
keagunganMu kepada utusanMu yang paling mulia Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wa sallam sebagai nabi yang terakhir diutuskan kepada hamba
hambaMu, serta selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda beserta
para sahabat baginda..segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam.”
~Intaha~Dipetik dari Terjemahan KItab An-Niyyat Karangan Habib Sa'ad rahimahullah.Hadiahkan Al-Fatihah buat Al-Marhum
No comments:
Post a Comment