Saturday, June 16, 2012

wahai pemilik tulang rusukku


~ ♥ Wahai pemilik tulang rusukku
Sesungguhnya aku sentiasa menunggu
Menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu

Dalam setiap detik saat yang terus berlalu
Aku terus menjadi perindu
... Yang sentiasa memperbaiki diriku
Agar menjadi suri terbaikmu

Biarpun masa bagaikan cemburu
Aku terus menunggu dan menunggu
Tidak sekali aku rasa jemu

Kerana aku sentiasa sematkan dalam hatiku
Kau juga sedang berusaha mencariku
Sambil terus mempersiapkan dirimu
Untuk menjadi yang terbaik buatku

Walau aku tidak pernah tahu
Siapakah dia pemilik tulang rusukku... ~ ♥

No comments: