Thursday, March 1, 2012

wanita idaman lelaki xbertanggungjawab

1) wanita yang beragama dan sangat taat kepada Tuhan

sebab nanti bila isteri mengadu tak cukup makan "eh, awak tau tak Nabi Muhammad dulu makan buat tamar je?awak ni makan sup tulang kira okey sangat laa tu..tahu bersyukur tak??" kata si suami yang tak bertanggungjawab..dan si isteri yang taat akan diam membisu..

2) wanita yang tak mempunyai keluarga

contohnya warga asing..sebab si suami yang tak bertanggungjawab akan menjadi lebih mudah membuli si isteri yang tak punya keluarga dan tempat mengadu..atau yang lain anak yatim piatu dan tiada adik beradik..kalau ada abang, tak ke lebam si suami tak bertanggungjawab tu bila si abang tengok adik perempuan nya dianaiya oleh lelaki tersebut..

3) wanita yang berdikari

dan antara ciri wanita yang berdikari dikatakan wanita yang boleh membawa motorsikal..lelaki yang tak bertanggungjawab sangat mengidamkan isteri yang berdikari kerana mudah untuk lelaki tersebut melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai suami..terutama dalam mencari nafkah..

4) wanita yang pernah dikecewakan

seperti pernah dikecewakan kekasih mahupun gagal dalam perkahwinan yang sebelumnya..
si lelaki tak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan diawal perkenalan mengambil hati konon nya merawat luka di hati wanita tersebut..

5) wanita tersebut memang menginginkan lelaki tak bertanggungjawab tersebut

means lelaki tersebut berpura-pura alim dan warak bagi mengorat wanita tersebut bagi dijadikan mangsa..bila si wanita dah syokk habis kat lelaki tersebut, maka mudahlah proses lelaki tak bertanggungjawab tersebut..

No comments: