Monday, August 23, 2010

surat buat bakal suamiku..

Bakal suamiku,

rendahkan suaramu andainya kamu

terpaksa memarahiku di hadapan teman-temanmu.

Peliharalah maruahku sebagai

isteri dan ibu kepada anak-anakmu.



Bakal suamiku,

aku ingin mengingatkan kamu

bahawa........

kamulah pencari rezeki utama

di dalam istana syurga kita.

Aku hanyalah sebagai penyumbang

rezeki yang kedua.



Bakal suamiku,

usahlah kau berhasrat

ingin menolong perempuan

lemah yang lain

dengan mengahwini mereka,

seandainya

engkau sendiri tidak mampu

untuk menolong aku dan

anak-anak aku hidup

dalam keadaan yang sepatutnya.



Bakal suamiku,

aku bukanlah seorang perempuan

yang hanya menginginkan harta

semata-mata.

Cukuplah kamu mencari harta

dan membimbing aku

agar kita sentiasa

dirahmati Allah.



Bakal suamiku,

itulah doaku

buatmu.

No comments: