Saturday, August 13, 2011

saya ada gg geraham bongsu..awak ada?

da dekat smnggu lebih terseksa sakit gg atau lg tepat..sakit gusi yg bagi effect kat gg ngan saraf2..aaahhhh..menchiii ku..xshuker xshuker..da setaun lbh gg ni tumbuh tp br sket je yg timbul..ni sah2 ad komplikasi..org len senang2 je tumbuh..xsaket pon..asal lak aku jadi camni..siap effect saraf sampai sakit2 kepala lg..wuwuwu..nak nangis aser masa dia denyut2 tu..tp xpe..ain kuat..ain boleh tahan..yeayy..(ayat pasrah..nangis2 pon xilang saket)..


takot betul klu dia akan sbb kan gg yg next to wisdom teeth tu pon rosak sbb salu bengkak gusi..xmo..xmo..nak gg cantik..da la dlu masa form 1 doktor jahat tu da cabut gg xgtau dlu..syok2 je cabut..gg kukuh lagi..siap bunyi lagi masa nak tarik..sakit xyah citer la..sekarang da xckup 1 gg belah kiri..da ad ruang..xsuka tengok..xdela nampak rongak sbb gg da ganjak2 cover tempat xde gg tu..tp still nampak ad ruang xpenuh..xmau la muda2 da pakai gg palsu..pastu join mak cik2 beratur kat kaunter farmasi nak beli polident..omg..xmau okey..


sblm ni..klu sakit and gusi bengkak..immediate action taken adalah berkumur ngan listerine..skrg pon still bt benda sama tp xde effect sgt..myb dis time tempat yg swollen tu belakang sgt..sometimes dia leh lak trap mknn..al kisahnya pas mkn..harus berus gg..nsb baik mkn nasi 2x sari je bln puasa ni..klu x mesti jenuh nak berus gg selalu tiap2 kali pas mkn berat2..


balik dari kedai ngan angah td terus tdo..xtahan kepala denyut2 sbb sakit gg and gusi..lam keta lagi da ttido..elok2 tdo..tjaga sbb aser denyut2..condition getting worse..tekak lak aser perit..asik2 bersin..selesema upernya..arghh..macam2 lak..pas telan panadol 2 bijik..actually nk cure flu..but mean time..pain from the swollen gum pon ilang..gud2..disebabkan aser bimbang..i'm always curious bout health..so search la pasal kesakitan ni..my eyes catch on article bout wisdom teeth..lets check it out tgether...


PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang.
Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).
Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia.
Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.

news3_clip_image0011

Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.

Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.
Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.
Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.
Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!
Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan.
Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

tolong la cepat2 tumboh dengan sempurna wahai gg..aghh..xmau la sakit2 camni..xsyok..tp sakit penghapus dosa2 kecilkan? hehehe...

mercun..perlu ke?

pagi2 lagi tidur ku terganggu dek bunyi mercun..kebom kebom..adeh..sakitnya hati..dah la mlm xle nak tdo..siang pon xleh..panas ati betul..terus bangun bukak tingkap..bajet2 nk sound sape yg main..skali ku pandang..adeiii..adik aku kot..klu kecik2 bole ku luku pale..ni da umor 19..hampeh betul..


nape tiap2 kali raya mesti nak main2 mercun..(padahal masa aku kecik2 dlu pon sama je..beli gak mercun main ngan kazen2..klu g kedai ngan mam ngan ayah masa kecik2..tengok orang jual bunga api..tobat nangis2 nak..). suddenly msa tengah2 aku taip ni..teringat kat arwah ayah lan, merangkap pak cik kesayangan aku yang dah kembali ke rahmatullah malam puasa pertama..al-fatihah...

dlu..mesti dia beli nercun banyak2 untuk anak2 dia..pastu g main kat umah aku ramai2 ngan anak2 buah yang lain..meriah je aser.. syok je tgok kazen2 rebut nak pasang..bukan budak kecik..da besar kot..hehehe..tp kali ni da lain..raya pon da x best..klu x kami mesti beraya bersama..oppss...air mata..tlg jangan mengalir..

ayah lan yg pakai baju kaler putih..miss him

tiap2 kali dengar lagu raya lam playlist mp3 kat umah..akan ada takbir raya terselit skali..cepat2 adik ku amira suh tutup..jangan dengar takbir..nanti orang lam kubur nangis..seksa kubor mula balik..nanti ayah lan pon sedih..sayu ati ku dengar..kazen ku syakir..dengar je takbir..meleleh air mata..mesti tringat abah kesayangan dia..tabah la hati...tiap2 hari dia datang kubor abah dia..bacakan yassin..aku tau dia rindu..aku sendiri pon tiap2 kali pegi umah dia..mesti g area ada gambar2 yang duk gantung tu..tatap dlu gambar ayah lan..lain je aser tanpa dia..tapi dia tetap ada lam ati dan ingatan aku..

masa sekarang untuk jaga dan berbakti kat mama ngan ayah lak..pemergian ayah lan bg impact kat idop aku..i'm afraid whenever i think  dat i'l loose both of them someday..not now..please DEAR ALMIGHTY ALLAH..kau jagalah kedua ibubapaku, kakak2, adik2 dan sedara mara..berikan kesihatan..panjang umur untuk beramal..dan kesembuhan untuk setiap penyakit kepada kami semua..amin.