Tuesday, December 28, 2010
mengimbau kenangan
ari ni tinggal berdua ngan bestie aku yg lagi sorang ni..farah. sedih sesangat tapi aku nak gunakan masa yang ada ni sebaik-baiknya..kami buat perkara yang sering kitorang buat dulu-dulu..g klinik penawar amik ubat and g makan..makan berdua tak best pon..sunyi je rasa..pastu aku kembali ke bilik lama aku..jumpa ex-rumet dan tengok-tengok bilik..kali ni pon aku buat benda yang salu aku buat dulu..kongsi makan tengah-tengah malam..sengaja buat camtu..dulu bilik tu la tempat kami ramai-ramai berkumpul utk makan-makan especially bulan puasa..masak ramai-ramai ngan bercerita sambil melepak sampai dinihari..bilik tu still x berubah..rindu eh nak baring-baring kat atas katil yang da jahanam tu..tapi tempat tu da ad pemilik baru sekarang..sedih rasa tinggal ex-rumet sensorang tadi..tapi nak buat cane..phone tengah caj kat tempat lain. senang cerita..sedih betul nak tinggalkan USM ni..banyak betul memori kat sini. esok da nak berangkat ke sekolah..tinggal kat hostel sebagai warden..da nak berpisah lagi ngan kawan-kawan..mengalir lagi air mata...pagi tadi pon da bengkak mata sampai xde kelopak kes menangis malam sebelumnya..aku pasti kembali lagi ke sini nanti..USM dihati..
Monday, December 27, 2010
kenangan indah semalam
semalam adalah kenangan..hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. semalam merupakan kenangan terindah aku bersama teman-teman tersayang..namun esok adalah kenyataan yang paling sukar untuk di tempuhi..berpisah dengan mereka semua..esok aku menunggu dengan harapan agar kami akan bertemu kembali. 3 tahun perkenalan bukan tempoh yang singkat..bukan sedikit kenangan yang kami ukirkan..namun kenangan itulah yang membuatkan air mataku mengalir laju..esok pagi kami akan berpisah..pedih rasa hati ini..teman yang selama ini bersama-samaku susah dan senang..menemani hari-hariku akan pergi jauh dariku..sungguh aku tak sanggup namun inilah lumrah..kami ditugaskan sebagai guru pelatih di sekolah yang berbeza..walau aku dan dia telah memohon agar di tempatkan disekolah yang sama..namun keputusannya ternyata mengecewakan. seharian aku bersedih..air mata laju menuruni pipi..berada bersamanya sekarang sangat menyeksakan kerana esok aku terpaksa berpisah..masing-masing saling bersedih..ini malam terakhir kami bersama. akan aku hargai masa yang tersisa ini..walau cuma tinggal 5-6 jam..mengalir lagi air mata ini..ALLAH..kuatkan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)