Rasulullah S.A.W. bersabda: "Jika seseorang Muslim berkata tiga kali pada petang dan pagi hari, 'Aku redha (rela) dengan Allah sebagai Rabb , dan dengan Islam sebagai Deen, dan dengan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul', Allah pasti akan redha kepadanya di Hari Kebangkitan." ( Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Hadith di atas menggambarkan hakikat dari ridha secara comprehensive. Hadith di atas menyebutkan tiga keredhaan yang mana hal tersebut akan menjadikan Allah redha (puas) terhadap kita di akhirat nanti. Pertama, keredhaan (kerelaan) dengan Allah sebagai Rabb (Tuhan/Pencipta) kita. Yang kedua, keredhaan dengan Islam sebagai Deen (agama/jalan hidup) kita. Yang ketiga, keredhaan dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul kita. Perkara keempat dari hadith tersebut di atas adalah menyebutkan hasil dari keredhaan kita, iaitu insyaAllah kita akan mendapatkan redha Allah S.W.T. di akhirat nanti.
1. Redha kepada Allah
Redha (rela/puas) dengan Allah sebagai Rabb kita adalah pada dasarnya puas terhadap semua ketetapan Allah (Qada' dan Qadar) dan apa-apa yang telah diciptakannya, baik itu bentuk wajah, bentuk tubuh, jenis kelamin, rezeki, lingkungan, kehidupan dan sebagainya. Satu contoh dari ketidakredhaan kita kepada Allah sebagai Rabb adalah ketika kita kecewa jika kita mendapat anak perempuan. Allah S.W.T. berfirman:
"Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah.." (An-Nahl 16:58)
Padahal semua yang Allah tetapkan atau ciptakan adalah mengandungi kebaikan. Boleh jadi kebaikan tersebut tidak mampu kita rasakan atau tidak kita ketahui, tetapi hanya Allah yang mengetahuinya. Allah S.W.T. berfirman: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)
2. Redha kepada Islam
Redha terhadap Islam sebagai Deen (agama/jalan hidup) adalah pada hakikatnya redha kepada semua ajaran-ajaran Islam, baik itu merupakan cara beribadah maupun hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan menjalankannya dengan senang hati.
Apabila Islam mengajarkan kita untuk berpuasa, maka kita rela untuk berpuasa dengan senang hati. Apabila Islam mengajarkan bahawa hak warisan dari seorang wanita adalah setengah dari yang diberikan kepada lelaki, maka kita puas dengan ajaran tersebut walaupun ajaran tersebut (misalnya) bertentangan dengan keinginan kita. Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun hal tersebut akan menentang (merugikan) dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu." (An-Nisa 4:135)
3. Redha kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Redha dengan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul pada hakikatnya adalah redha bahawa Baginda S.A.W. adalah pembawa ajaran Deen Allah S.W.T dan mengikuti semua perintah, petunjuk, dan keputusan yang diberikan oleh Baginda S.A.W.
Allah S.A.W. berfirman: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An-Nisa 4:65)
4. Keredhaan Allah S.W.T.
Perkara keempat dalam hadith yang dikutip di awal tulisan ini adalah tercapainya keredhaan Allah S.W.T. Tujuan semua amalan kita sehari-hari hendaklah ditujukan untuk mencapai redha Allah S.W.T. Dengan mendapatkan ridha Allah, insyaAllah kita akan mendapatkan kebahagian yang tidak terhingga. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Berbahagialah orang yang yang telah diberi petunjuk kepada Islam, rezekinya dicukupi dan Dia (Allah) redha kepadanya." (Hadih Riwayat Tirmizi)
Salah satu kebahagiaan yang akan kita dapatkan sebagai balasan dari keredhaan Allah S.W.T. kepada kita adalah syurga. Allah S.W.T. berfirman: "Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah Syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya." (Al-Bayyinah 98:8)
Keredhaan Allah itu sendiripun merupakan kenikmatan dan kebahagiaan tersendiri yang akan kita dapatkan dalam syurga nanti, yang mana kenikmatan ini melebihi dari semua kenikmatan dari fasiliti-fasiliti yang ada dalam syurga. Dalam surah At Taubah ayat 72 yang menyebutkan bahawa mendapatkan keredhaan Allah adalah lebih besar dari kenikmatan syurga: "Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar." (At-Taubah 9:72)
Rasulullah S.A.W. juga menceritakan tentang kenikmatan ini dalam suatu hadith:
Diriwayatkan oleh Abu Said Al Khudri: Rasulullah S.A.W. bersabda, "Allah akan berkata kepada penghuni syurga, 'Wahai penghuni syurga!' Mereka akan berkata, 'Labbaik, wahai Tuhan kami, dan Sa'daik!' Allah akan berkata, 'Apakah engkau bahagia?' Mereka akan berkata, 'Bagaimana mungkin kami tidak bahagia, engkau telah memberikan kepada kami apa-apa yang tidak engkau berikan kepada ciptaanMu yang lain.' Allah akan berkata, 'Aku akan berikan sesuatu yang lebih baik dari (semua) itu.' Mereka menjawab, 'Wahai Tuhan kami, apakah yang lebih baik dari (semua) ini?' Allah akan berkata, 'Akan Aku anugerahkan keredhaanKu kepadamu sehingga Aku tidak akan pernah marah lagi setelah ini untuk selamanya.' " ( Hadith Riwayat Bukhari)
Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu mencari keredhaan Allah S.W.T.
"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya." (Al-Baqarah 2:207)
Yulianti Ismail
Kuchalana
SeMaLaM AdaLAh KeNaNgAn...HaRi iNi AdALah KeNYataAn...EsOk AdALah HaRapAN
Monday, November 10, 2014
Anugerah
Bismillah..
Alhamdulillah segala syukur pada Allah penguasa sekelian Alam..
Sekian lama tanpa update tentang kehidupan sendiri..asyik2 tentang shaklee. Mungkin betul kata encik suami..saya bukan otak bisness..hehe mengakui dalam diam..
Walaupun awalnya berusaha untuk menambah rezeki keluarga tapi belum rezeki untuk berduit..
Tak apalah..sekurangnya dianugerahi rezeki lain..tidak berduit tapi berharta..iya, harta dunia akhirat..Nur Aisy Zahran bt Mohd Azahari..
Subscribe to:
Posts (Atom)